ALBUM ISTIADAT PERKAHWINAN DIRAJA BRUNEI

Written by root. Posted in BEST OF BRUNEI

Tagged:

Published on July 01, 2015 with No Comments

Perkahwinan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah.

Teks JACQUELINE WONG
Imej BRUNEI TIMES

01 Album Istiadat Perkahwinan DiRaja Brunei

01 Album Istiadat Perkahwinan DiRaja Brunei
Picture 1 of 29

 

Di salah satu imej yang telah diabadikan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah kelihatan membelai tangan paduka anakanda, YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik, dengan penuh kasih sayang ketika pengantin perempuan berkenan diculiki bedak DiRaja. Imej ini, di antara kenangan yang dirakamkan ketika Majlis Istiadat Perkahwinan DiRaja YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik baru ini, telah memberi gambaran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan – seorang ayah penyayang yang rapat dengan paduka anakanda Baginda daripada yang disedari oleh orang ramai.

Apabila pengumuman majlis perkahwinan DiRaja di antara YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Dayangku Raabi’atul ‘Adawiyyah Pengiran Haji Bolkiah disiarkan pada Januari 2015, suasana serta perasaan kemeriahan orang ramai dapat terasa. Jawatankuasa Tertinggi telah ditubuhkan untuk menyelia upacara-upacara majlis istiadat perkahwinan DiRaja yang berlangsung pada 5 hingga 15 April, 2015, dan dinasihati oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Pintu Istana Nurul Iman terbuka luas untuk menyambut hadirin kerabat DiRaja, bangsawan serta orang kenamaan asing bersama meraikan perkahwinan DiRaja dengan penuh kegemilangan tradisi dan keunikan adat Istiadat Perkahwinan DiRaja Brunei. Dalam hari yang berikut, seluruh negara – dan dunia – telah menyaksikan suatu upacara majlis yang penuh keagungan dan beristiadat DiRaja. Tetapi jauh lebih penting ialah warisan di antara seorang ayah and anak yang menjangkaui gelaran DiRaja.

MAJLIS ISTIADAT BERSURUH DIRAJA
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, sebagai wakil YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik, telah menghantar sebuah rombongan DiRaja ke kediaman bakal pengantin perempuan untuk meminang pada 5 April.

MAJLIS ISTIADAT MEMBUKA GENDANG JAGA-JAGA DIRAJA
Bermula dari 6 April, ahli-ahli Kerabat DiRaja, Yang Amat Mulia Pengiran-Pengiran Cheteria, Menteri-Menteri Kabinet, Pengiran-Pengiran Peranakan, Pehin-Pehin Manteri serta tetamu kenamaan menghadiri majlis yang lazimnya berlangsung setiap malam mengikut peraturan istiadat dan tertib majlis istiadat DiRaja. Ketika Istiadat Berjaga-jaga, majlis diserikan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Qur’an dan aktiviti permainan tradisi sehingga 15 April.

MAJLIS ISTIADAT MENGHANTAR TANDA DIRAJA DAN PERTUNANAGAN DIRAJA
Pertunangan YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik dengan YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah telah dirasmikan setelah penerimaan tanda pertunangan DiRaja disempurnakan.

MAJLIS ISTIADAT BERBEDAK PENGANTIN DIRAJA
Diiringi tembakan meriam di perkarangan istana, ahli-ahli Kerabat DiRaja, didahului keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri, berkenan menculiki bedak berwarna dan minyak wangi DiRaja pada tapak tangan pengantin DiRaja.

MAJLIS ISTIADAT AKAD NIKAH DIRAJA
Pada 9 April, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan diiringi ahli-ahli Kerabat DiRaja berangkat sama ke Majlis Istiadat Akad Nikah DiRaja yang berlangsung di Masjid Sultan Omar ’Ali Saifuddien.

MAJLIS ISTIADAT BERSANDING PENGANTIN DIRAJA
Pada 12 April, pengantin DiRaja kelihatan berseri-seri dalam pakaian broked emas, merupakan ‘Raja dan Permaisuri’ sehari dengan ahli-ahli kerabat DiRaja dari Malaysia, ketua-ketua negara serta para utusan diplomatik yang telah hadir beramai untuk meraikan bersama hari yang penuh kegembiraan ini.

MAJLIS ISTIADAT PERSANTAPAN PENGANTIN DIRAJA
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri berkenan berangkat ke Majlis Istiadat Persantapan DiRaja yang telah berlangsung di Dewan Santap Istana Nurul Iman sempena meraikan pasangan Pengantin DiRaja.

MAJLIS ISTIADAT MEMBACA DOA SELAMAT AND MENUTUP GENDANG JAGA-JAGA
DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Hj Sufri Bolkiah berkenan berangkat menutup upacara Majlis Istiadat Perkahwinan DiRaja yang telah berlangsung selama 11 hari dengan pembacaan doa dan tembakan hormat 21 das senapang pada 15 April.

No Comments

There are currently no comments on ALBUM ISTIADAT PERKAHWINAN DIRAJA BRUNEI. Perhaps you would like to add one of your own?

Leave a Comment