AYAHANDA YANG PENYAYANG

Written by admin. Posted in IN PERSON, LIFESTYLE

Tagged:

Published on August 05, 2014 with No Comments

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, berkenan berangkat bercemar duli mewakili KDYMM Ratu Elizabeth II semasa perbarisan “Parade Sovereign” di Akademi Tentera Diraja Sandhurst sempena upacara majlis tamat pengajian Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Leftenan Pengiran Muda ’Abdul Mateen sebagai kadet pegawai pengambilan ke-102 Sandhurst pada 15 April 2011. Turut berangkat sama Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bulqiah.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, berkenan berangkat bercemar duli mewakili KDYMM Ratu Elizabeth II semasa perbarisan “Parade Sovereign” di Akademi Tentera Diraja Sandhurst sempena upacara majlis tamat pengajian Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Leftenan Pengiran Muda ’Abdul Mateen sebagai kadet pegawai pengambilan ke-102 Sandhurst pada 15 April 2011. Turut berangkat sama Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bulqiah.
Picture 1 of 5

Peranan Diraja yang terpenting sekali.

Teks JACQUELINE WONG
Imej JABATAN PENERANGAN BRUNEI

Tidak silap jika dikatakan bahawa hampir seluruh dunia melihat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan hanya sebagai seorang raja kesultanan Melayu yang berwarisan lebih 600 tahun dan pemerintah Negara Brunei Darussalam, negara kaya yang diberkati dengan minyak. Tetapi di Brunei dan di kalangan ahli-ahli Kerabat Diraja dan sahabat handai rapat, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, merupakan lebih daripada sekadar seorang raja yang dihormati. Di luar kekayaan dan kemewahan kesultanan ini, Baginda dikenali, pertama dan utamanya, sebagai seorang bapa yang penyayang.

Sebagai putera sulung Al-Marhum Paduka Seri Begawan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Paduka Suri Begawan Raja Isteri Pengiran Anak Damit, hubungan Baginda dengan ayahanda Baginda akan membentuk gaya keibubapaan Baginda sendiri dengan anakanda-anakanda Baginda. Semasa hayat Al-Marhum Paduka Seri Begawan Sultan, Baginda mempunyai hubungan ayahanda-anakanda yang erat. Hubungan keakraban dan kasih sayang ini telah mempengaruhi pembentukan keperibadian Baginda semasa seorang putera muda, menjadi putera yang bersopan santun dan bertanggung jawab, menunjukkan semangat berkenaan, berkewajipan dan kesetiaan kepada ayahanda Baginda, sedar akan peranan Baginda sebagai Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-29 pada suatu hari kelak.

Apabila Baginda menjadi seorang bapa pada 26 Julai, 1969, adalah jelas bahawa pengalaman Baginda sebagai seorang putera akan mempengaruhi cara dan gaya Baginda mendidik anakanda-anakanda Baginda sendiri. Baginda sering menunjukkan bahawa Baginda adalah terdahulunya seorang bapa sebelum seorang Raja. Apabila Baginda dapat peluang masa selepas tugas rasmi, Baginda akan menghabiskannya dengan anakanda-anakanda Baginda, dan tidak pernah menjejaskan masa berkualiti dan selalu memastikan kehidupan kekeluargaan dinikmati.

Baginda dikurnia 12 orang cahaya mata. Walau betapa sibuk Baginda dengan tugas dan lawatan rasmi tempatan serta lawatan rasmi di luar negara, Baginda tetap memberikan anakanda-anakanda penjagaan dan bimbingan dengan penuh kasih sayang. Baginda merupakan seorang bapa yang membimbing anaknya mengikut ajaran Al-Qur’an dan Sunnah Nabi (saw-nabi). Sebagaimana Nabi Muhammad (saw-nabi) dikenali sebagai seorang penyayang terhadap kanak-kanak, begitu juga dengan Baginda. Selaras dengan hadis Nabi (saw-nabi):

“Tidak ada pemberian ibu bapa yang paling berharga kepada anaknya daripada pendidikan akhlak mulia.” – Hadis riwayat Tirmidhi dan Al-Bayhaqi

Baginda memastikan anakanda-anakanda Baginda diberi pendidikan yang sempurna supaya anakanda-anakanda berjaya di dunia dan di akhirat. Penekanan Baginda kepada persediaan anakanda-anakanda bersekolah ‘biasa’ bermakna anakanda-anakanda mendapat pendidikan di Brunei, langsung memberikan peluang untuk anakanda-anakanda bergaul dengan rakyat jelata Brunei dan pelbagai lapisan masyarakat. Tetapi Baginda juga menekan kepentingan dalam memperluas dan memperkayakan pendidikan anakanda-anakanda Baginda ke luar negara untuk pengajian peringkat tinggi; berikut pengalaman pendidikan Baginda sendiri. Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, misalnya, telah meneruskan pengajian di Pusat Pengajian Islam Oxford di mana kursus DYTM telah dibentuk khas untuk meliputi pengajian Islam, perdagangan, diplomasi dan hubungan antarabangsa. Gaya pendidikan dan bimbingan ini juga direplikasi dengan semua anakanda-anakanda Baginda pada tahun kemudiannya.

Begitu juga, Baginda menilaikan kebersamaan. Keakraban persaudaraan dan ikatan anakanda-anakanda yang kukuh ini jelas dapat dilihat pada masa apabila Keluarga Diraja bersolat bersama-sama, sama ada pada hari Jumaat atau solat berjemaah untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Bagi Baginda, membawa anakanda-anakanda ke masjid dan memperkenalkan anakanda-anakanda kepada saudara-saudara Islam tanpa mengira bangsa, bahasa atau asal-usul merupakan satu-satunya bimbingan serta didikan holistik yang akan menyediakan anakanda-anakanda Baginda untuk memainkan peranan sebagai seorang Islam dan kemudiannya, sebagai seorang ahli Diraja yang rendah diri. Ini selaras dengan hadith Nabi Muhammad (saw-nabi):

“Ketahuilah setiap daripada kamu adalah pemimpin, dan kamu akan ditanya tentang kepimpinanmu. Seorang raja adalah pemimpin bagi rakyatnya, dan dia akan diminta pertanggungjawaban terhadap yang dipimpin. Seorang suami adalah pemimpin bagi anggota keluarganya, dan ia akan diminta pertanggungjawaban terhadap mereka. Seorang isteri adalah pemimpin bagi rumah tangga,suami dan anak-anaknya, dan akan diminta pertanggungjawaban terhadap yang dipimpinnya. Ketahuilah setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu akan diminta pertanggungjawaban atas apa yang kamu pimpin.” – Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Sebagai seorang bapa yang bertanggung jawab, Baginda berazam supaya anakanda-anakanda Baginda berperasaaan belas kasihan terhadap rakyat jelata, bersimpati dengan masalah umat Islam di dunia dan menyumbang penyelesaian untuk membasmi kemiskinan dan kelaparan. Baginda sering melibatkan anakanda-anakanda apabila menjalankan lawatan rasmi dan tidak rasmi di sekitar daerah Brunei dan tempatan terpencil termasuk perjalanan rasmi ke luar negara supaya pengalaman ini dapat memastikan anakanda-anakanda Baginda terdedah kepada kelemahan di dunia; menggalakkan anakanda-anakanda untuk menumpukan dan menggunakan kehidupan istimewa anakanda-anakanda sebagai khidmat untuk mereka yang memerlukan bantuan.

Pada 10 Ogos, 1998, Baginda telah mengisytiharkan putera sulung Baginda, Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, sebagai Pengiran Muda Mahkota. Seperti Al-Marhum Paduka ayahanda Baginda, Baginda telah menunjukkan kesabaran dan perhatian mendalam demi memastikan bahawa ankanda Baginda dipersiapkan untuk memikul tanggung jawab berat sebagai Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-30.

Beberapa tahun kebelakangan ini telah melihat Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, memainkan peranan yang semakin menonjol semasa lawatan rasmi ke luar negara dan pertemuan dengan pembesar asing yang melawat Brunei, dan peranan yang paling penting, selaku Pemangku Sultan apabila Baginda ke luar negara. Keyakinan dan keupayaan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, kini dalam menjalankan semua tugas-tugas rasmi ini telah mencerminkan keibubapaan Baginda yang berkesan dan berjaya sebagai seorang bapa.

Pelaksanaan Kanun Syariah di Negara Brunei Darussalam (Fasa 1) baru-baru ini merupakan satu contoh terbaik pendekatan peranan Baginda sebagai seorang bapa – untuk memupuk kepentingan berkelakuan mengikut Al-Qu’ran dan Sunnah. Nabi Muhammad (saw-nabi) bersabda:

“Takutlah akan Allah dan berlaku adillah terhadap anak-anakmu.” – Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Walaupun pelaksanaan Kanun Syariah di Brunei dikritik dan dikomen negatif oleh media antarabangsa, Baginda sedar bahawa memupuk keluarga dan masyarakat Islam yang kukuh dan berjaya memerlukan anakanda-anakanda Baginda untuk memahami prinsip undang-undang hudud dan menterjemahkannya dengan bijak dan adil apabila tibanya masa untuk bakal Sultan memerintah dan mentadbir Kesultanan ini. Seorang pemerintah mendahulukan Allah daripada hawa nafsu duniawi. Dan inilah warisan yang Baginda percaya akan membimbing anakanda-anakanda Baginda.

Sifat merendah diri Baginda ini – iaitu sebagai bapa ‘biasa’ yang menitik beratkan dan mengutamakan kepentingan anak-anak – merupakan suatu ciri Baginda yang disayangi dan dihormati oleh anakanda-anakanda Baginda, rakyat jelata dan pemerhati Diraja. Sudah tentu, sebagai seorang bapa Diraja Baginda tidak dapat membesarkan anakanda-anakanda dengan cara ‘biasa’. Tetapi dengan gerak hati seorang bapa, dan berpandukan ajaran Al-Qur’an dan sunnah Nabi Muhammad (saw-nabi), Baginda telah berjaya meletakkan monarki lebih dekat dengan rakyat jelata, membimbing anakanda-anakanda mematuhi protokol Diraja turun temurun tanpa hilang kemesraan dengan rakyat jelata Negara Brunei Darussalam.

No Comments

There are currently no comments on AYAHANDA YANG PENYAYANG. Perhaps you would like to add one of your own?

Leave a Comment