BIBD: MENGEMUDI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE ARAH WAWASAN 2035

Written by root. Posted in BEST OF BRUNEI

Tagged:

Published on May 08, 2018 with No Comments

Sebagai kustodian visi untuk mentransformasi Brunei menjadi sebuah hab kewangan Islam, 2018 menandakan Jubli Perak perbankan Islam di Negara Brunei Darussalam.

01

01
Picture 1 of 5

Tahun 2018 menyaksikan Jubli Perak perbankan Islam di Negara Brunei Darussalam. Pada tahun 1993, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, telah merasmikan Islamic Bank of Brunei (IBB) dalam usaha mentransformasikan Brunei menjadi sebuah hab kewangan Islam. Perasmian ini telah menjalinkan sejarah perbankan di Brunei. Kini, sebagai satu-satunya bank Islam di Kesultanan ini, BIBD – dibentuk melalui penggabungan IBB dan IDBB – merupakan bank terunggul Islam Brunei dan telah memperoleh reputasi sebagai institusi kewangan terbesar di negara ini.

Kekuatan BIBD terbukti dalam prestasi kewangannya. Pada tahun 2017, BIBD telah mencatatkan pertumbuhan keuntungan sebanyak 39% iaitu kira-kira BND170 juta, manakala jumlah aset telah meningkat kepada BND9.2 bilion. Pencapaian ini merupakan hasil dedikasi dan komitmen lebih 900 kakitangan yang gigih berusaha untuk memenuhi keperluan lebih 200,000 pelanggan melalui peningkatan berterusan BIBD dalam perkhidmatan, produk serta teknologi.

Mengetengahkan komitmen BIBD dalam memberikan pulangan yang lebih baik, BIBD telah mengagihkan rekod dividen yang tertinggi kepada para pemegang saham pada tahun 2016.

BIBD mempunyai rangkaian cawangan dan ATM terbesar di negara ini. Ia juga menawarkan pilihan saluran perbankan yang paling luas kepada pelanggan. Penarafan A- (Stabil) dari S&P Global
– suatu pencapaian tertinggi bagi sebuah bank Brunei – dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini terbukti pengurusan Bank yang meneliti terhadap risiko dan portfolionya. BIBD juga merupakan pengeluar kad pembayaran yang terbesar di Negara Brunei Darussalam.

BIBD telah menerima anugerah “Bank Retail Terbaik di Brunei” selama enam tahun berturut-turut (2013-2018) dan pengiktirafan sebagai Bank Terkuat ke-14 di Asia Pasifik (2016-2017) oleh The Asian Banker, bersama dengan “Projek Cawangan Pintar Terbaik”. Anugerah “Bank Terbaik di Brunei” dari The Banker, Global Finance dan institusi lain yang dihormati adalah sebahagian daripada penghargaan yang telah diterima oleh BIBD. Kejayaan dan pengiktirafan dalam sektor perbankan digital telah terbukti dengan pencapaian anugerah “Bank Digital Terbaik” dan “Aplikasi Perbankan Mudah Alih Terbaik di Brunei”. Maka, mercu ciri khas serta usaha berterusan dalam kemajuan dan perkembangan BIBD telah diiktirafkan di peringkat serantau dan antarabangsa.

Berfokus Pengalaman Pelanggan
BIBD sentiasa memberi tumpuan dalam meningkatkan pengalaman perbankan pelanggan. Dalam perkara ini, BIBD telah menyampaikan beberapa penyelesaian inovatif melalui penggunaan platform teknologi yang cekap dan peningkatan proses serta kakitangan yang berterusan. Melangkah ke hadapan, BIBD komited untuk menerapkan perkembangan dalam perbankan digital dan ruang Fintech, yang memberikan penyelesaian bertaraf dunia yang akan memperkayakan cadangan pelanggan dengan meningkatkan fungsi, kemudahan, keselamatan dan sekuriti. BIBD diposisikan untuk menyokong transformasi Brunei menjadi sebuah masyarakat yang semakin tanpa tunai.

Enjin Pertumbuhan Negara Brunei Darussalam
Dalam membangunkan ekonomi yang dinamik dan mampan, selaras dengan wawasan Kebawah Duli Yang Maha Mulia untuk Negara Brunei Darussalam, BIBD memainkan peranan penting mempromosikan usahawan dan perusahaan sederhana kecil (PKS) Brunei. Melalui kerjasama dengan DARe, BIBD SME 360, cawangan PKS yang berdedikasi, dan inisiatif-inisiatif Mikro Kecil dan Sederhana (MSME), usahawan tempatan disediakan dengan penyelesaian perbankan komprehensif yang melengkapi keperluan perniagaan mereka.

BIBD juga telah melancarkan hab komuniti pertamanya, BIBD CONNECTS. Kemudahan ini merupakan suatu pusat komersial sehenti yang unik untuk orang ramai, termasuk ATM pertama BIBD yang mempunyai kemudahan pandu lalu. BIBD CONNECTS membawa PKS lebih dekat kepada pelanggan mereka dengan kadar kos sewa rendah berbanding dengan kadar sewa pasaran sedia ada. Tawaran unik ini adalah hasil kerjasama yang erat dengan semua pihak Perkongsian Swasta-Awam (Private-Public Partnership) terlibat dan telah mempelopori perasmian hab BIBD CONNECTS dalam tempoh rekod 30 hari!

Di peringkat antarabangsa, BIBD mengibarkan bendera Negara Brunei Darussalam melalui pejabat perwakilannya di Singapura dan Dubai. Pendekatan yang berukur dan berhemat dalam pengembangan antarabangsa dengan matlamat untuk mengenal pasti dan memanfaatkan peluang utama, memastikan pertumbuhan dan kemampanan jangka panjang.

Pengetahuan dan Pendidikan untuk Masa Depan yang Mampan
Sebagai warga korporat yang bertanggungjawab, BIBD berusaha untuk menyokong visi negara dalam mempromosikan pencapaian rakyat Brunei yang berpendidikan dan berkemahiran tinggi. Melalui kerjasama dengan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Agama, program ALAF (Advocating Life-Long Learning for an Aspiring Future) BIBD memastikan anak tempatan Brunei yang kurang berkemampuan disediakan pendidikan yang lengkap serta menyeluruh untuk maju jaya.

Pada masa yang sama, BIBD berdedikasi untuk menyokong inisiatif dalam meningkatkan serta menggalakkan kesedaran dan literasi kewangan, terutamanya pada peringkat akar umbi. BIBD juga memberi penekanan kuat dalam perkembangan kakitangan dan menawarkan peluang untuk latihan dan perkembangan dengan institusi yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Sebagai imej korporat BIBD memfokuskan pada nilai Brunei unik yang menandakan cita bangsa dan akar Islam. Penekanan “Bruneian at Heart” menggambarkan komitmen BIBD kepada tanggungjawab sosial dan Negara Brunei Darussalam.

Kami di BIBD – Berjiwa keBruneian.
www.bibd.com.bn

No Comments

There are currently no comments on BIBD: MENGEMUDI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE ARAH WAWASAN 2035. Perhaps you would like to add one of your own?

Leave a Comment