DIRGAHAYU KEBAWAH DULI TUAN PATIK!

Written by root. Posted in IN PERSON

Tagged:

Published on July 01, 2016 with No Comments

Suatu majlis perayaan yang sungguh istimewa bagi menandakan satu lagi pencapaian penting seorang Raja yang disanjungi.

Teks & Imej JACQUELINE WONG

01

01
Picture 1 of 1

01
Acara tahunan Junjung Ziarah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam merupakan suatu hari yang sungguh istimewa. Beramah mesra bersama rakyat dengan lambaian bendera Negara, bercemar duli menerima pesambah, menyertai rakyat Baginda dalam acara perayaan besar-besaran di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.

02

02
Picture 1 of 2

02 & 03
Kesemua empat daerah Brunei dihiasi indah dengan gerbang khas, papan tahniah dan kain rentang menambahkan lagi suasana gemilang di sepanjang sambutan perayaan ini.

04

04
Picture 1 of 1

04
Belon dalam warna kebangsaan menyemarakkan lagi perayaan hari keputeraan Baginda.

05

05
Picture 1 of 3

05, 06 & 07
Belia berpakaian seragam turut serta meraikan hari istimewa Baginda sebagai tanda kesetiaan dan taat kepada Raja dan Negara.

08

08
Picture 1 of 4

08, 09, 10 & 11
Sembah tahniah dari seluruh penjuru Negara Brunei Darussalam merupakan penampilan budaya dan tradisi Negara. Pada dasarnya, hari yang sungguh meriah dan istimewa ini juga merupakan satu kenangan yang sungguh bermakna bagi semua lapisan rakyat serta masyarakat untuk bersama Raja yang mereka sayangi.

12

12
Picture 1 of 1

12
Penuntut sekolah juga teruja mengibarkan bendera Negara yang mencerminkan sifat patriotik dalam acara tahunan ini.

13

13
Picture 1 of 3

13, 14 & 16
Rakyat pelbagai umur serta semua lapisan masyarakat akan menyaksikan acara sambutan dan keraian yang penuh tradisi dan kemeriahan sempena hari istimewa ini.

15

15
Picture 1 of 1

15
Lakaran potret KDYMM yang diukir oleh pelukis tempatan, Fairuz Zabadi.

No Comments

There are currently no comments on DIRGAHAYU KEBAWAH DULI TUAN PATIK!. Perhaps you would like to add one of your own?

Leave a Comment