GENERASI BERWAWASAN BERSATU MAJU

Written by root. Posted in BEST OF BRUNEI

Tagged:

Published on April 28, 2016 with No Comments

Perhimpunan agung dengan perarakan dan acara perbarisan penuh tradisi, warisan dan budaya menjadi tumpuan pada Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam.

Imej BRUNEI TIMES


Tema hari kebangsaan yang ke-32, ‘Generasi Berwawasan’, yang mana generasi bermaksud pewaris bangsa selaku peneraju kepada kemajuan negara ke arah mencapai Wawasan Negara 2035, manakala ‘wawasan’ pula ditakrifkan sebagai suatu matlamat dalam mencapai hasrat negara.

 


Anggota angkatan bersenjata Diraja Brunei terdiri daripada Tentera Laut Diraja Brunei semasa sessi menaikkan Bendera Besar Negara Brunei Darussalam. Penglibatan para hadirin untuk menjayakan upacara berkenaan memainkan peranan yang signifikan serta mencerminkan tanda rakyat yang taat setia kepada Raja dan mempunyai semangat patriotisme yang tinggi terhadap negara yang dicintai.

 


Setiap lapis anggota masyarakat bergerak bijaksana berasaskan kesetiaan terhadap Negara yang tercinta.

 


Generasi Berwawasan didefinisikan sebagai golongan muda serta belia masa kini yang akan menerajui negara pada masa akan datang, selain melahirkan pemimpin yang berwibawa dan cemerlang.

No Comments

There are currently no comments on GENERASI BERWAWASAN BERSATU MAJU. Perhaps you would like to add one of your own?

Leave a Comment