HASRAT SEORANG RAJA

Written by root. Posted in BEST OF BRUNEI

Tagged:

Published on July 10, 2017 with No Comments

Rakyat setia dan harapan Generasi Masa Depan Brunei.

Teks JACQUELINE WONG
Imej BRUNEI TIMES & JACQUELINE WONG

01

01
Picture 1 of 5

Credit(s): The Brunei Times

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, mengikuti legasi kepimpinan arwah ayahanda Baginda, Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien, telah menjadikan kesejahteraan rakyat Negara Brunei Darussalam sebagai dasar polisi Baginda dalam pembangunan nasional, keamanan serantau dan kewujudan bersama dengan persekitaran global. Sedang kala Baginda mengemudi Brunei ke abad ke-21, penglibatan, pendidikan dan peluang kerjaya belia menjadi keutamaan Baginda, mencerminkan betapa prihatinnya Baginda terhadap masa depan belia Brunei. Baginda kerap meneraskan pembaharuan ekonomi di samping program-program inovatif kerajaan untuk memupuk perkembangan belia di seluruh negara. Dalam era globalisasi yang penuh dengan daya saing dan tantangan perubahan, Baginda telah menjadikan pendidikan satu agenda utama dalam mentenagakan dan menyediakan belia negara untuk kepemimpinan dan pemberdayaan global.

Dalam memimpin masa depan negara, Baginda menggalakkan setiap belia untuk memahami wawasan serta naratif negara untuk terus membantu menentukan identiti mereka yang akan menerangi masa depan. Baginda turut mengingatkan belia untuk melindungi warisan Brunei yang istimewa serta legasi budaya unik yang termaktub dalam falsafah nasional Brunei, Melayu Islam Beraja, yang secara rasminya telah diisytiharkan ketika Brunei menerima semula kedaulatan pada 1 Januari, 1984. Falsafah ini terus membentuk Brunei sebagai sebuah negara yang luar biasa. Dalam Baginda membawa negara maju ke hadapan, adalah hasrat dan doa Baginda untuk menyerahkan sebuah negara yang lebih teguh dan berjaya kepada generasi yang akan datang agar mereka dapat mencapai potensi yang lebih tinggi, insyaAllah.

 

01
Penduduk Daerah Brunei-Muara bersemangat menyambut perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang merupakan hari keraian yang dinanti-nantikan.

02
Sambutan perayaan ini merupakan hari keraian yang terulung yang mana seluruh lapisan masyarakat dan peringkat umur melibatkan diri menzahirkan rasa kesyukuran, penghargaan dan taat setia kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas kepimpinan, kewibawaan dan kebijaksanaan Baginda yang telah menjamin suasana dan keadaan negara yang makmur, selamat, aman dan tenteram.

03
Dalam majlis daerah Temburong yang bertemakan “Raja Berdaulat, Laila Perkasa” budaya, warisan serta tradisi dari masyarakat kaum Melayu, Murut, Cina dan Iban telah dipamerkan.

04
Khemah kaum Murut yang bertempat di Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan Pekan Bangar pada Majlis Bersama Rakyat dan Penduduk Daerah Temburong mencontohkan hasrat Baginda untuk memupuk, memperkukuh dan menurunkan warisan kaya Brunei kepada generasi masa hadapan.

05
Hampir 500 para belia dan remaja di Daerah Tutong telah memberikan pertunjukan bersemangat yang memaparkan kepelbagaian budaya Brunei serta seni mempertahankan diri tradisional.

No Comments

There are currently no comments on HASRAT SEORANG RAJA. Perhaps you would like to add one of your own?

Leave a Comment