KEGEMILANGAN JUBLI EMAS DIRAIKAN

Written by root. Posted in BEST OF BRUNEI

Tagged:

Published on September 15, 2017 with No Comments

Sambutan Jubli Emas pada 5 Oktober, 2017 menandakan ulang tahun ke-50 KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menaiki takhta dengan penuh bersejarah pada 4 Oktober, 1967.

Teks JACQUELINE WONG

01

01
Picture 1 of 4

Credit(s): Arkib Negara Brunei Darussalam

 

Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta ini akan diperingati dengan aktiviti popular pada bulan Oktober bersama pelbagai rangkaian acara khas di sepanjang tahun dengan penglibatan semua lapisan rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam.

Al-Marhum Sultan Haji Omar ’Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien merupakan Sultan Brunei ke-28 yang memerintah dari 4 Jun, 1950 sehingga penurunan takhta baginda dengan sukarela pada 4 Oktober, 1967. Pengumuman Al-Marhum berbunyi: “Warqatul ikhlas wa tuhfatuljinas yang terbit daripada laila hati, hening lagi jernih yang tidak menaruh syak dan waham daripada beta Sir Omar ’Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam memaklumkan kepada seluruh rakyat dan penduduk Negeri Brunei bahawasanya beta dengan sukacita menyatakan dari laila hasrat hati beta pada mengisytiharkan kepada Kerajaan dan seluruh rakyat ini dan penduduk Negeri Brunei bahawa dengan kesukaan beta sendiri turun dari takhta Singgahsana Kerajaan pada 4 Oktober 1967 adalah tetap dan muktamad dan sekali-kali tidak boleh ditarik. Oleh demikian sekali lagi beta mengisytiharkan kepada rakyat seluruhnya mengenai maksud beta turun dari takhta Singgahsana Kerajaan adalah benar dengan kesukaan beta sendiri.”

Pada usia 21 tahun, Pengiran Muda Hassanal Bolkiah yang merupakan seorang pegawai tentera yang masih mentah pada ketika masa itu mendapati diri Baginda mewarisi tanggungjawab tahkta kerajaan. Pengiran Muda Mahkota ini ditabalkan sebagai pemerintah Negara Brunei Darussalam pada hari berikutnya dalam sebuah istiadat ringkas di Istana Darul Hana, disaksikan oleh pembesar negara serta ahli Majlis Undangan. Sultan Brunei ke-29 kini mengambil gelaran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan Negara Brunei Darussalam.

Semasa istiadat pertabalan, Baginda bertitah dengan tenang: “… dengan kepercayaan paduka ayahanda dan ahli Mesyuarat Mengangkat Raja serta pembesar negara, pegawai Kerajaan, rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam yang dikasihi ini, dengan izin Allah Subhanahu wa Ta’ala dan dengan harapan Beta akan mendapat segala nasihat dan pimpinan dari paduka ayahanda dan sentiasa memelihara keamanan, ketenteraman dan laila usaha bagi kemakmuran Negara …”

Istiadat Berpuspa Diraja gilang-gemilang yang telah berlangsung penuh takzim serta cukup bertradisi pada tahun 1968 itu kekal sebagai salah satu daripada istiadat Diraja yang paling mengagumkan pernah dilihat dalam rantau ini. Sebagai lambang perpaduan simbolik, Istiadat Berpuspa Diraja seorang raja muda menggabungkan adat istiadat dan tradisi warisan unggul keturunan Kesultanan Melayu Brunei terulung yang melebihi 600 tahun.

Seperti juga dengan pemerintahan Sultan Bolkiah (1485-1524), Sultan Brunei ke-5 yang segelaran dengan Baginda, yang disifatkan sebagai Zaman Kegemilangan Negara Brunei Darussalam, pemerintahan berwibawa Baginda telah merasmikan semula Dewan Majlis Undangan pada 11 Disember, 1967 untuk menelitikan belanjawan negara disesuaikan dengan perkembangan berterusan dalam Rancangan Kemajuan Negara dengan tadbir urus yang baik. Baginda turut mengukuhkan warisan Brunei yang istimewa serta legasi budaya unik yang termaktub dalam falsafah nasional Brunei, Melayu Islam Beraja, yang secara rasminya telah diisytiharkan ketika Brunei menerima semula kedaulatan pada 1 Januari, 1984. Falsafah ini membentuk Brunei sebagai sebuah negara luar biasa yang mengekalkan identiti, kebudayaan dan adat resam negara Brunei. Langkah itu juga telah membawa harapan besar kepada rakyat jelata bahawa Pemerintah ke-29 mereka dapat menerajui negara ke arah keunggulan dan kejayaan. Istiadat Berpuspa Diraja, pada ketika itu, mewujudkan satu peluang bagi segenap lapisan masyarakat negara untuk bersatu dan menyambut detik gilang-gemilang pemerintahan Baginda sebagai seorang raja yang bijaksana dan sentiasa prihatin terhadap perpaduan dan kesejahteraan rakyat serta negara ini.

Berikut titah Baginda ketika seorang sultan muda, Baginda terus merealisasikan potensi diri sebagai seorang pemerintah yang bijaksana dan penuh belas kasihan untuk menjadi seorang pemimpin yang sangat berkesan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda telah berpegang teguh menjiwai peranan Baginda dalam membangun dan mengekalkan keamanan dan kemakmuran Negara Brunei Darussalam.

Daulat Kebawah Duli Tuan Patik!

Pengeluaran cenderahati peringatan eksklusif
Jabatan Perkhidmatan Pos akan mengeluarkan satu set setem edisi khas sempena Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negeri Brunei Darussalam Menaiki Takhta pada 5 Oktober, 2017. Untuk maklumat lanjut atau untuk membuat pesanan, sila hubungi +673 2222191. Sebagai alternatif, e-mel: brustamp@post.gov.bn

 

Kapsyen Imej:
01
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah menerima tabik hormat ketika keberangkatan tiba Baginda di Lapau Diraja.

02
Perarakan Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ketika melintasi Masjid Omar Ali Saifuddien.

03
Al-Marhum Pengiran Paduka Tuan Sahibul Karib menatang Mahkota sementara Al-Marhum Pengiran Maharaja Adinda Sahibul Fikri menatang Keris Si Naga ketika Istiadat Berpuspa Diraja.

04
Al-Marhum Sultan Haji Omar ’Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien memberi isyarat pengumuman Perisytiharan Diraja dan Istiadat Penghormatan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

No Comments

There are currently no comments on KEGEMILANGAN JUBLI EMAS DIRAIKAN. Perhaps you would like to add one of your own?

Leave a Comment