KEMERIAHAN ARUS MERAH

Written by root. Posted in BEST OF BRUNEI

Tagged:

Published on April 27, 2016 with No Comments

Tahun Baru Cina 2016 atau Tahun Monyet dalam zodiak Cina, jatuh pada 8 Februari. MUHIBAH melawati destinasi RB dan suasana sambutan perayaan Tahun Baru Cina yang merangkumi tarian naga menarik, perarakan berwarna-warni serta pertukaran sampul ‘hong bao’.

Shanghai

Shanghai
Picture 1 of 13

Teks EMMA RAMSAY

SHANGHAI
Di Shanghai, sambutan perayaan Tahun Baru Cina dengan perhiasan berwarna merah-kemerahan merupakan suatu tradisi yang melambangkan kemakmuran. Tarian singa dan naga yang menarik dan perayaan yang meriah merupakan ciri-ciri yang menandakan Tahun Baru di Shanghai. Bandaraya Shanghai juga memaparkan suatu pertunjukkan bunga api yang menakjubkan sempena perayaan ini.
Penerbangan Royal Brunei ke Shanghai 3x setiap minggu.

BANDAR HO CHI MINH
Tahun Baru Cina di Vietnam dikenali sebagai Tet. Kunjungilah Jalan Nguyen Hue yang mempunyai pemandangan yang indah dan pelbagai bunga yang berkembang pada musim bunga. Rasai makanan tradisi Vietnam seperti banh chung, banh day atau banh tet. Ia merupakan hidangan khas untuk perayaan ini.
Penerbangan Royal Brunei ke Bandar Ho Chi Minh 4x setiap minggu.

HONG KONG
Sambutan Tahun Baru Cina di Hong Kong telah disenaraikan oleh Forbes sebagai salah satu daripada 10 perayaan yang terbaik di dunia. Sertailah Perarakan Antarabangsa Tahun Baru Cina yang akan bertempat di Tsim Sha Tsui pada 8 Februari, dan saksikan pertunjukkan tarian piroteknik bunga api yang mengkagumkan di Pelabuhan Victoria pada 9 Februari.
Penerbangan Royal Brunei ke Hong Kong setiap hari.

LONDON
London merupakan tuan rumah kepada salah satu sambutan Tahun Baru Cina yang terbesar di luar Asia. Beribu-ribu orang mengunjungi West End untuk menukar ucapan Xin Nian Kuai Le (‘Selamat Tahun Baru’ dalam bahasa Mandarin) atau San Nin Faai Lok (dalam bahasa Kantonis) antara satu sama lain. Sambutan Tahun Baru Cina akan diadakan di Trafalgar Square, Chinatown dan Shaftesbury Avenue di pusat London.
Penerbangan Royal Brunei ke London setiap hari dari Dubai.

JAKARTA
Sambutan Tahun Baru Cina di Indonesia dikenali sebagai Imlek. Kunjungilah Chinatown, atau pecinan yang disebut warga tempatan, yang terletak di selatan Bandar Lama Jakarta. Jalan-jalan utama – Jl. Pancoran, Jl. Kemenangan and Jl. Perniagaan — dihiasi dengan tanglung merah, panji-panji, lampu dan sampul angpau. Hidangan kegemaran perayaan ialah dodol Cina, kek lekat yang manis seperti tofi yang diperbuat daripada tepung pulut dan gula karamel, dijual hampir semua penjual jalanan.
Penerbangan Royal Brunei ke Jakarta 6x seminggu.

KUALA LUMPUR
Di bandar berbilang kaum dan kepercayaan, rumah terbuka merupakan intipati Tahun Baru Cina dalam menyambut perayaan tahun baru dengan keluarga, saudara-mara serta komuniti. Pada malam Tahun Baru Cina, keluarga berkumpul untuk menikmati majlis jamuan makan bersama. Jamuan makan malam ini secara tradisinya diadakan di rumah warga emas, ibu bapa atau ahli lelaki tertua di dalam keluarga. Keseluruhan sambutan ini akan berlangsung selama 15 hari, berakhir dengan Pesta Tanglung yang dikenali sebagai Chap Goh Mei.
Penerbangan Royal Brunei ke Kuala Lumpur 2x sehari.

SINGAPURA
Singapura memulakan sambutan perayaan tiga minggu lebih awal dan suasana perayaan penuh dengan perarakan yang berwarna-warni serta tarian singa yang mengujakan. Pusat membeli-belah, Chinatown dan jalan-jalan utama penuh sibuk dengan pasar bermusim menjual barang hiasan Tahun Baru Cina, serta hiasan inovatif yang direka oleh pelajar Singapore University of Technology & Design (SUTD) untuk menambahkan kemeriahan perayaan ini.
Penerbangan Royal Brunei ke Singapura 2x sehari.

MANILA
Pasar Binondo di Manila merupakan tempat di mana kaum Filipina Cina, yang membentuk kira-kira 25 peratus daripada penduduk tempatan di Manila, berkumpul untuk merayakan Tahun Baru Cina.
Penerbangan Royal Brunei ke Manila setiap hari.

MELBOURNE
Pada tahun kebelakangan ini, sambutan Tahun Baru Cina telah menjadi salah satu perayaan terkenal di Melbourne dan juga merupakan suatu pengalaman untuk seluruh keluarga. Pertunjukan naga, singa, penghibur jalanan dan aktiviti kebudayaan memenuhi jalan-jalan Chinatown pada hari Ahad sempena Tahun Baru Cina. Pada “Dragon’s Awakening Ceremony”, perarakan tarian naga akan melalui jalan-jalan di Melbourne bermula dari Jalan Little Bourke pada 14 Februari.
Penerbangan Royal Brunei ke Melbourne setiap hari.

BANGKOK
Tahun Baru Cina merupakan salah satu daripada perayaan yang paling menyeronokkan di Yaowaraj, Chinatown Bangkok. Nikmatilah persembahan tarian akrobatik yang menarik serta pelbagai persembahan lain yang akan diadakan. Pusat membeli-belah dan pasar jalanan akan menawarkan promosi istimewa dan diskaun hebat sempena perayaan ini.
Penerbangan Royal Brunei ke Bangkok 8x setiap minggu.

BANDAR SERI BEGAWAN
Walaupun kaum masyarakat Cina mewakili kira-kira 10 peratus daripada jumlah penduduk di Brunei, sambutan perayaan Tahun Baru Cina telah berlangsung di Brunei berabad-kurun. Rumah terbuka merupakan suatu tradisi popular. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mui’zzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berserta Kerabat DiRaja berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra Perayaan Tahun Baru Cina masyarakat TiongHwa yang merupakan satu acara kemuncak yang disambut secara besar-besaran setiap tahun.

No Comments

There are currently no comments on KEMERIAHAN ARUS MERAH. Perhaps you would like to add one of your own?

Leave a Comment