KEMERIAHAN WARNAI SAMBUTAN HARI RAYA DIRAJA

Written by admin. Posted in BEST OF BRUNEI

Tagged:

Published on July 21, 2014 with No Comments

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa berkenan menerima junjung ziarah daripada rakyat jelata yang berkunjung ke Istana Nurul Iman sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Turut serta dalam Majlis Junjung Ziarah ini adalah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa berkenan menerima junjung ziarah daripada rakyat jelata yang berkunjung ke Istana Nurul Iman sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.  Turut serta dalam Majlis Junjung Ziarah ini adalah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel.
Picture 1 of 7

Ketika Istana Nurul Iman menyambut kunjungan rakyat jelata.

Teks JACQUELINE WONG
Imej JABATAN PENERANGAN BRUNEI

Warga Brunei dan pengunjung pelbagai golongan yang melawat Negara Brunei Darussalam menanti-nantikan tiga hari istimewa ini dengan penuh debaran yang kini telah menjadi tumpuan setiap tahun. Mereka yang pernah mengalami keistimewaan hari-hari tersebut sedar akan betapa bertuahnya mereka untuk berada di Brunei pada waktu itu. Ketika inilah pintu gerbang Istana Nurul Iman akan terbuka luas untuk menerima kunjungan orang ramai dengan penuh keramahan dan keikhlasan berlandaskan tatasusila Diraja.

Hari istimewa yang penuh dengan kemeriahan dan kegembiraan yang dimaksudkan adalah semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri ketika umat Islam menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mulia. Pada masa inilah Majlis Terbuka Istana Nurul Iman dan Majlis Menjunjung Ziarah ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berserta ahli-ahli Kerabat Diraja beramah mesra bersama ribuan rakyat jelata dan pengunjung pelbagai golongan di Istana Nurul Iman.

Tidak kira bagi mereka yang tua atau muda, rakyat tempatan mahupun pengunjung dari luar negara, hari istimewa ini menyaksikan orang ramai dipersilakan masuk ke perkarangan istana, malahan melalui ruang legar istana. Pastinya ini adalah hari yang akan dikenangkan untuk selamanya kerana bukan sahaja awda akan dibenarkan melawat taman-taman indah yang luas di dalam perkarangan istana, malahan berpeluang untuk menjejak masuk dewan yang indah mewah kediaman rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Namun, memori yang terpahat bukanlah sahaja terbatas kepada keindahan hiasan dalaman istana mahupun hidangan enak penuh kemewahan yang disajikan. Sebaliknya, kenangan yang paling tidak akan dapat dilupakan adalah peluang bersua muka dan melahirkan perasaan syukur dan gembira kerana dapat bersua muka secara lebih dekat dengan Baginda dan ahli-ahli Kerabat Diraja yang lain.

Tradisi ‘rumah terbuka’ diamalkan di Negara Brunei Darussalam serta di negara jiran, Malaysia. Ia adalah tradisi menerima dan beramah mesra dengan semua golongan masyarakat, kebiasaannya ketika menyambut sesuatu perayaan, tanpa memerlukan sebarang jemputan rasmi. Keistimewaan dan keunikan mengenai Majlis Terbuka Istana Nurul Iman dan Majlis Menjunjung Ziarah ialah majlis-majlis ini merupakan satu-satunya rumah terbuka di dunia yang dianjurkan seorang pemimpin utama negara di kediaman rasmi selama tiga hari berturut-turut, menyambut kedatangan orang ramai dari segenap lapisan masyarakat. Dianggarkan berdasarkan sambutan rumah terbuka yang diadakan terdahulu, Baginda dan ahli-ahli Kerabat Diraja turut berdiri selama tempoh lima jam untuk bersalam-salaman dan beramah mesra dengan semua hadirin. Dianggarkan bahawa Baginda berserta ahli-ahli Kerabat Diraja telah bersalaman dan bertemu dengan lebih 100,000 jumlah penghujung selama sambutan ini berlangsung!

Suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri di Istana Nurul Iman sememangnya satu acara yang penuh keistimewaan dan semakin bertambah ceria setiap tahun. Para pelawat datang berkunjung dari seluruh pelusuk dunia, semuanya gembira menantikan peluang untuk bersua muka dengan Baginda dan ahli-ahli Kerabat Diraja – tetamu lelaki beramah mesra dengan Baginda berserta ahli-ahli Kerabat Diraja lelaki manakala tetamu wanita bersalam-salaman dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berserta ahli-ahli Kerabat Diraja wanita. Majlis Terbuka Istana Nurul Iman dan Majlis Menjunjung Ziarah ini adalah sesuatu acara yang perlu dialami sendiri kerana para pengunjung akan berpeluang bersua muka dengan semua ahli-ahli Kerabat Diraja dalam majlis berkenan. Dan Baginda sendiri sedar akan betapa penting dan istimewanya majlis sambutan sebegini.

Setiap acara majlis akan berlangsung dengan sempurna sehinggakan ke perincian terkecil. Dalam semua perkara persiapan sambutan untuk mengadakan Majlis Terbuka Istana Nurul Iman dan Majlis Menjunjung Ziarah selama tiga hari, Baginda secara peribadi akan memastikan setiap seorang dari ribuan pengunjung yang hadir melawat istana akan disambut dengan penuh ramah mesra. Hidangan yang disediakan mencerminkan ketelitian dan juga mengambil kira pelbagai keperluan lapisan pengunjung. Begitu juga kakitangan istana sentiasa bersedia memastikan tetamu yang uzur selesa ketika menantikan peluang untuk bersua muka dan bersalaman dengan Baginda berserta ahli-ahli Kerabat Diraja sempena sambutan Hari Raya ini.

Sememangnya Majlis Terbuka Istana Nurul Iman dan Majlis Menjunjung Ziarah ini merupakan pengalaman yang sangat unik dari segi persiapan serta sambutannya. Khususnya untuk Baginda, sambutan Hari Raya Aidilfitri bukanlah hanya sekadar masa untuk beramah mesra dengan rakyat jelata dan bersalam-salaman tetapi ia juga merupakan satu peluang peribadi untuk Baginda serta ahli-ahli Kerabat Diraja bersama-sama rakyat jelata yang dikasihi dan dihormati pada hari yang mulia dan penuh keistimewaan ini.

Majlis Terbuka Istana Nurul Iman dan Majlis Menjunjung Ziarah Hari Raya Aidilfitri akan berlangsung selama tiga hari mulai sambutan Hari Raya Kedua pada *28 hingga 30 Julai, 2014. (*Tertakluk kepada kelihatan anak bulan).

 

No Comments

There are currently no comments on KEMERIAHAN WARNAI SAMBUTAN HARI RAYA DIRAJA. Perhaps you would like to add one of your own?

Leave a Comment