KIBASAN WARNA CINTA

Written by support. Posted in BEST OF BRUNEI

Tagged:

Published on March 22, 2015 with No Comments

Jiro Miguel P. Oliveros
Pemenang Kedua, Kategori Sekolah Rendah

<b>Jiro Miguel P. Oliveros</b><br/>Pemenang Kedua, Kategori Sekolah Rendah
Picture 1 of 5

Warga Brunei menggunakan seni sebagai medium meluahkan rasa cinta kepada negara.

Imej THE BRUNEI TIMES

Luas dan mencetuskan inspirasi. Inilah ungkapan yang paling tepat untuk menggambarkan 389 karya seni berasaskan kanvas dan kertas yang menyertai pertandingan seni lukis “Saya Cintakan Brunei Darussalam” yang dianjurkan The Brunei Times sempena Hari Kebangsaan Ke-30 Brunei Darussalam.

Dengan tema “Visiku, Kehijauan Brunei”, pertandingan ini terbuka kepada tiga kategori: Kanak-kanak (6-12 tahun), Remaja (13-18 tahun), dan Terbuka (19 tahun ke atas). Walaupun mendapat sambutan yang hangat, namun hanya
20 hasil seni terpaksa dipilih untuk masuk ke pusingan terakhir. Penghakiman dijalankan panel lapan anggota yang terdiri dari artis-artis tempatan, Dr Zakaria Hamid; CEO Arkitek Idris, Dato Paduka Hj Idris Hj Abas; pensyarah-pensyarah dari Universiti Brunei Darussalam, Haji Osman Haji Mohammad dan Professor Shui Kong Ho; penggiat seni bebas dan penggemar seni, Doris Chan; Pengarah Kreatif SyenSai MediaBaze, Syen Sofian; Pengarah Urusan Arkitek Ting, Ting Tiu Peng; dan CEO Baiduri Bank, Pierre Imhof.

Hj Dayang Hj Mutalip muncul pemenang dalam Kategori Terbuka, sekaligus memenangi hadiah akaun wang simpanan Baiduri Bank bernilai BND$3,000, sebuah iPad dan sebuah mesin kopi Coffee Bean and Tea Leaf. Siti Nursyafiqah Jefri menjuarai Kategori Kanak-kanak manakala Yeo Yeo muncul pemenang Kategori Remaja. Kedua-duanya membawa pulang akaun wang simpanan bernilai BND$800 dan BND1,000 masing-masing.

Hasil seni para pemenang serta penyertaan yang disenarai pendek dalam Pertandingan Fotografi dan Pertandingan Fotograf Lama kemudiannya dipamerkan di Times Square untuk tatapan umum.

No Comments

There are currently no comments on KIBASAN WARNA CINTA. Perhaps you would like to add one of your own?

Leave a Comment