KUSTODIAN WARISAN BERZAMAN

Written by root. Posted in BEST OF BRUNEI

Tagged:

Published on July 04, 2019 with No Comments

KDYMM Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam meletakkan para belia negara di teras wawasan Brunei.

Teks JACQUELINE WM WONG
Imej JABATAN PENERANGAN BRUNEI

01

01
Picture 1 of 8

 

 

Wawasan Brunei 2035 merupakan aspirasi Negara untuk memastikan Negara Brunei Darussalam dikenali sebagai sebuah negara yang mempunyai rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya; tetapi juga mempunyai kualiti kehidupan yang tinggi dan ekonomi yang dinamik dan berdaya tahan.

Pada tahun 2007, Kebawah Duli Yang Maha Mulia menekankan cabaran-cabaran yang bakal dihadapi dan mengumumkan bahawa penyelesaian untuk mengatasi cabaran ini adalah melalui wawasan negara yang dikenali sebagai Wawasan Brunei 2035. Wawasan Brunei 2035 juga merupakan komitmen Kerajaan Baginda terhadap keutamaan dan pembangunan yang diperlukan untuk belia negara.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia sentiasa percaya bahawa generasi belia adalah sumber yang penting bagi pembangunan masa depan negara. Dalam titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-35, Baginda bertitah, “Para belia telah menunjukkan pencapaian yang menggalakkan di bidang keusahawanan, ekonomi dan kemasyarakatan … serentak itu, agensi Kerajaan juga tidak ketinggalan dalam menyediakan prasarana serta membantu para belia, khususnya dalam memberikan bimbingan kepada mereka yang berkecimpung di bidang keusahawanan.”

Sebagai seorang sultan yang menghargai rakyat Baginda, Kebawah Duli Yang Maha Mulia terus menggariskan peranan utama yang akan dimainkan oleh para belia dalam perkembangan masa depan Negara Brunei Darussalam. Wawasan Brunei 2035 menegaskan keperluan warganegara yang berpendidikan, kemahiran tinggi dan berjaya untuk menyediakan sebuah pasaran bakat sedia ada bagi Negara Brunei Darussalam memenuhi keperluan ekonomi yang giat berkembang.

Belas kasihan dan komitmen Kebawah Duli Yang Maha Mulia untuk memajukan kehidupan golongan muda digambarkan dalam kebanyakkan titah Baginda. Di Sydney pada tahun lalu, Baginda sekali lagi menggesa semua pelajar supaya menggunakan peluang yang disediakan oleh Kerajaan, bukan sahaja untuk meneruskan pendidikan tinggi tetapi untuk mengukuhkan nilai dan identiti diri mereka. Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga menyuarakan harapan Baginda agar generasi muda menjadi lebih berani dalam menghadapi cabaran dengan bertitah, “Mereka perlu tampil ke depan dan berikan idea, serta berusaha ke arah pembangunan negara.”

Sebagai salah sebuah negara yang mempunyai populasi belia yang tinggi, Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah memberi banyak penekanan kepada dasar yang diketengahkan oleh para belia sejak Baginda mengumumkan Wawasan Brunei 2035 dan untuk membantu golongan belia menjadi pemimpin yang akan membawa negara ke arah masa depan yang lebih maju. Baginda telah merintis usaha dengan mengadakan konsultasi untuk membuka ekonomi negara dan menggalakkan pelaburan langsung asing (FDI).

Dialog berterusan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dengan para belia telah menghasilkan persekitaran pembelajaran yang lebih baik. Baginda bertitah semasa Majlis Bersama Rakyat dan Penduduk Negara Brunei Darussalam yang berada di Malaysia pada 5 Mac, 2019 bahawa terdapat seramai 67 orang pelajar di bawah Skim Bantuan Pinjaman Pendidikan yang telah tamat pengajian di institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia. Baginda juga menasihatkan, “…semua pelajar yang belajar di luar negara, supaya merebut setiap peluang bagi melengkapkan diri masing-masing dengan ilmu dan kemahiran, untuk dibawa pulang ke tanah air apabila tiba masanya nanti.”

Pelancaran lapangan padi komersial 500 hektar di Belait pada bulan Disember 2018, contohnya, adalah manifestasi visi KDYMM untuk melabur dalam golongan belia ke arah bidang pertanian. “Pertanian merupakan bidang yang menentukan kelangsungan hidup kita sebagai sebuah negara merdeka. Sebab itu tiada alasan untuk kita masih memperlahankan langkah ke arah membangunkan sektor pertanian. Pertanian perlu diceburi oleh siapa saja,” bertitah Baginda di Majlis Perasmian Majlis Ilmu pada tahun lepas.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia sentiasa menganggap para belia adalah sumber penting bagi negara. Baginda terus menekankan kepentingan Kerajaan dan agensi-agensi berkepentingan untuk merangka strategi bersepadu untuk memanfaatkan potensi golongan belia untuk membantu dalam pembangunan negara. Baginda juga dengan secara langsung memimpin negara ke arah pembangunan ekonomi negara.

No Comments

There are currently no comments on KUSTODIAN WARISAN BERZAMAN. Perhaps you would like to add one of your own?

Leave a Comment