LANGIT BIRU, LUAS TERBENTANG

Written by support. Posted in BEST OF BRUNEI

Tagged:

Published on May 24, 2015 with No Comments

Penyelenggaraan pesawat di hangar pada tahun 1970an.

Penyelenggaraan pesawat di hangar pada tahun 1970an.
Picture 1 of 19

Meraikan perkhidmatan layanan terbilang dengan sentuhan keBruneian.

Tahun ini, Penerbangan DiRaja Brunei atau Royal Brunei Airlines (RB) akan meraikan ulangtahun ke-40 perkhidmatan sebagai syarikat penerbangan kebangsaan Negara Brunei Darussalam. RB mengambil kesempatan untuk merakamkan ribuan terima kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ’Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam serta Kerajaan Baginda dan Lembaga Pengarah RB atas sokongan aktif dan galakan mereka semenjak awal lagi.

Sepanjang perkhidmatannya, RB terkenal dengan khidmat layanan yang tersendiri, berlandaskan nilai-nilai turun-temurun dan keraian sejati gaya Brunei. Bermula dengan penerbangan pertama sebuah pesawat Boeing 737-200 pada 14 Mei, 1975 hingga ke penerbangan pertama pesawat paling moden Boeing 787 Dreamliner ke London pada Disember 2013, RB terus bertapak kukuh di pasaran, mengharungi persaingan yang agresif dengan berpegang pada asas utama – menawarkan tahap dedikasi, perkhidmatan dan keraian yang tiada bandingan.

Hari ini, RB meraikan sambutan ulangtahunnya dengan penuh gilang-gemilang. Dua pesawat A320NEO baru dijangka terima pada separuh tahun kedua 2015 akan memastikan perkhidmatan RB terbaik dengan penerbangan pesawat terbaru dan paling moden. Ini sejajar dengan rancangan untuk meluaskan rangkaian destinasi penerbangan RB yang kini telah kembali ke Ho Chi Minh City dan Bali pada tahun yang lalu.

Peta penerbangan RB dari hab di Bandar Seri Begawan ke 16 destinasi telah membuka mata para pelancong melalui pengalaman eksotik di Asia dan Borneo. Pengalaman mereka telah dipertingkatkan lagi dengan perkhidmatan perjalanan RB yang penuh keselesaan serta layanan terkemuka.

RB juga merupakan satu-satunya syarikat penerbangan yang menawarkan laluan selesa dari Hemisfera Selatan ke Hemisfera Utara dengan pesawat Dreamliner, dari Melbourne ke London yang memakan masa kurang 27 jam. Hentian seketika di Bandar Seri Begawan dan Dubai sekadar memberikan para penumpang masa secukupnya untuk meregangkan kaki dan menyegarkan diri.

Sebagai syarikat penerbangan kebangsaan Brunei dan duta utama negara ini, imej RB diberi nafas baru seiring dengan pendekatan khidmat boutique yang mencerminkan tahap perkhidmatan dan komitmen yang tertinggi. Baru-baru ini, RB telah memperkenalkan penjenamaan imej dan rekabentuk luaran pesawat khas untuk meningkatkan serta mencergaskan semula semangat, disamping menyediakan naratif sebuah jenama syarikat penerbangan boutique yang berinovatif. Rekaan pakaian seragam baru anak kapal yang unik dan penuh seri pula berinspirasi warisan rantau ini serta sentuhan Brunei dahulu, kini dan akan datang.

Sebagai sebuah syarikat penerbangan boutique tersendiri, RB kini berada di kedudukan amat strategik kerana mampu menawarkan pengalaman berbeza dan unik berbanding dengan pesaing syarikat penerbangan perkhidmatan lengkap serta kos rendah. Ini telah mengukuhkan lagi RB menjadi syarikat penerbangan yang lebih berdaya-saing, kerana bukan sahaja menawarkan produk yang unik, tetapi juga perkhidmatan lengkap dengan tahap kualiti yang tertinggi.

Sebahagian besar kejayaan RB datang dari sokongan berterusan dari para pelanggan yang lebih menghayati khidmat layanan yang unik lagi terbilang. Khidmat layanan RB yang berteraskan warisan kepulauan Borneo, dipertingkatkan lagi dengan barisan anak kapal yang mampu bertutur dalam pelbagai bahasa dan prihatin kepada setiap kehendak penumpang.

Selepas perkhidmatan 40 tahun yang gemilang, RB kini di ambang fasa baru dengan identiti boutique tersendiri yang beroperasi di bahagian rantau yang sungguh menarik di dunia. Syarikat penerbangan ini akan terus menumpu pada usaha melangkaui jangkaan para pelanggan, supaya setiap penumpang akan alami layanan terbaik, penuh dengan sentuhan gaya Brunei sejati. Ringkasnya, ribuan terima kasih kepada semangat, dedikasi, kepakaran, usaha dan komitmen kakitangannya, RB kini maju ke hadapan memenuhi keperluan penumpang pada masa depan dengan penuh keyakinan.

No Comments

There are currently no comments on LANGIT BIRU, LUAS TERBENTANG. Perhaps you would like to add one of your own?

Leave a Comment