MEMUPUK BAKAT MUDA DAN PEMIMPIN MASA DEPAN

Written by root. Posted in BEST OF BRUNEI

Tagged:

Published on May 05, 2019 with No Comments

Program Usahawan Muda RB menyampaikan perubahan transformasi yang bersasaran.

01

01
Picture 1 of 9

 

 

Perubahan alam sekitar dan sosial yang kian pesat menuntut fleksibiliti, kesesuaian dan pemikiran yang tidak konvensional serta pendekatan baru dalam kepimpinan. Dengan mengulas kepentingan menaikkan taraf usahawan muda, Penerbangan Diraja Brunei (RB) telah menjalankan Program Usahawan Muda perintis pertama pada tahun 2017 bertujuan memupuk bakat muda, kepimpinan keusahawanan dan peningkatan inovasi. Kumpulan perintis pertama RB yang terdiri daripada 29 peserta telah menyempurnakan program itu pada tahun 2019.

“Ia merupakan suatu program pembangunan bakat sumber manusia, tetapi pada keseluruhannya program ini bersasaran melihat bagaimana kami dapat mempercepatkan perkembangan kerjaya, dan yang lebih penting, menumpukan kemahiran,” jelas Karam Chand, Ketua Pegawai Eksekutif, RB. “Sumber manusia di kebanyakkan syarikat akan memperolehi kemahiran teknikal dengan cepat, tetapi kemungkinan besar ialah mereka tidak akan dapat memperolehi set kemahiran yang terbaik.” Tujuan Program ini adalah untuk memupuk bakat tempatan, membangun dan mengekalkan mereka, menurut beliau lagi.

Sebagai pemecut bagi usahawan muda mereka, Program ini terdiri daripada tiga komponen utama: Latihan Formal (kursus pengurusan, Perniagaan Penerbangan, dll), Latihan Informal (projek, penyertaan dalam bahagian inisiatif baru) dan Mentoring oleh Ahli Jawatankuasa Eksekutif RB. Antara kandungan Program ini termasuk pengurusan sumber manusia. Tetapi Program ini juga membawa “kemahiran insaniah” yang lain untuk memastikan peserta tidak mengikut model latihan kemahiran lama yang berasaskan tugas dan prestasi. “Kami mencabar bakat muda kami untuk berfikir lebih tekun dan menyumbang lebih lagi. Kami menugaskan mereka kepada pasukan projek, sama ada untuk memimpin atau menjadi sebahagian daripada pasukan projek. Mereka akan mendapat pengalaman yang unik kerana ianya merentas segala fungsi dan semua yang terlibat mempunyai nilai keempunyaan pada setiap projek yang akan diperkenalkan,” kata Chand.

Yang paling mengujakan Chand ialah komponen ketiga Program ini di mana usahawan menerima khidmat mentor dari seorang ketua pegawai. Di mana kebanyakan struktur korporat masa kini tidak memberi insentif kepada sumber manusia untuk meluangkan masa dan mengurus masa, RB pula menekankan perjalinan hubungan yang positif dan produktif dengan rakan milenial sekerja. Chand berkata, “Kami bernasib baik kerana mempunyai pasukan pengurusan, pasukan pengurusan eksekutif, termasuk ketua pegawai yang berkesan. Setiap dari mereka membawa sesuatu yang sangat unik ke program ini. Tujuannya adalah supaya mereka dapat berkongsi pengalaman masing-masing dengan bakat muda RB – dari awal karier, pertengahan kerjaya dan tatkala tahap kerjaya tinggi. Bagaimanakah mereka yang berprestasi tinggi mengerjakan tahap serta apakah yang perlu dimajukan dalam kerjaya mereka? Seperti yang saya katakan, kemahiran teknikal bukanlah satu cabaran besar. Semua orang dapat mempelajarinya dan mereka akan memperolehinya dengan cepat. Tetapi untuk maju dalam kerjaya, ianya akan bergantung kepada kemahiran insaniah sama ada mereka bersedia untuk mengerjakannya atau tidak. Dan tujuan porgram mentor ini adalah untuk membantu bakat muda kami melalui contoh, nasihat dan pengalaman kehidupan yang sebenar. ”

Kurt Harding, Ketua Manusia & Pegawai Prestasi, Penerbangan Diraja Brunei menjelaskan, “Program ini merupakan pendekatan yang paling penting dalam perancangan penggantian antara generasi. Kumpulan bakat kami merupakan mereka yang berpotensi tinggi: berimpak tinggi dan pertumbuhan tinggi. Kami melabur dalam semua sumber manusia dan mempunyai cara khusus untuk mengenal pasti CEO masa depan, ketua masa depan, pegawai masa depan.” Harding mengatakan bahawa walaupun program mentoring telah diusahakan mengikut garis panduan untuk memastikan ia bernilai tambah, namun mereka juga perlu mengajar seorang mentor cara yang berkesanan untuk betul-betul menjadi seorang mentor bagi memastikan program ini bukan sekadar untuk melatih.

Program pertama ini telah menyaksikan beberapa hasil yang cemerlang. Kata Harding, “Kami telah mengumpul lebih 29 idea perniagaan dari kumpulan usahawan muda ini. Sebanyak enam atau tujuh daripada idea ini telah digunakan dan ia telah mempunyai kesan positif ke atas pendapatan dan kos dalam urusan perniagaan RB. Untuk mendapatkan sebanyak idea dari satu kumpulan bakat yang telah bekerja sekumpulan selama 18 bulan adalah amat sukar dipercayai.”

Menyatukan bakat muda dan pengalaman akan terus menjadi teras program ini. Pada tahun depan RB akan bekerjasama dengan salah satu daripada sekolah penerbangan yang terkemuka di dunia untuk memacu lebih banyak program untuk kumpulan bakat akan datang. Berdasarkan kejayaan program perintis, Program Usahawan Muda RB kelihatan bersedia untuk memacu pemberdayaan di kalangan bakat muda dan melengkapkan mereka dengan kemahiran dan minda global untuk beroperasi dengan lebih berkesan.Tambahan pula 45% daripada kumpulan telah dipromosikan dan menjadi peneraju program transformasi. 

 

No Comments

There are currently no comments on MEMUPUK BAKAT MUDA DAN PEMIMPIN MASA DEPAN. Perhaps you would like to add one of your own?

Leave a Comment