PEMIMPIN BERWAWASAN

Written by root. Posted in IN PERSON

Tagged:

Published on July 10, 2018 with No Comments

Wawasan Brunei 2035 merupakan aspirasi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan untuk menempatkan Negara Brunei Darussalam pada landasan yang terbaik untuk masa depannya.

Teks JACQUELINE WONG
Imej JABATAN PENERANGAN BRUNEI

01

01
Picture 1 of 4

Istiadat Perbarisan Kawalan Kehormatan sempena Sambutan Jubli Emas KDYMM Menaiki Takhta pada 5 Oktober, 2017. Credit(s): Ariffin Md Noor

 

Dua dekad yang lalu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, memulakan pelan rancangan yang pertama untuk membentuk Negara Brunei Darussalam sebagai suatu negara yang lebih berdaya saing di dalam dan di luar negara. Berdedikasi untuk menjamin kemajuan bangsa dan negara, Baginda merintis sebuah pelan jangka panjang, dibantu oleh sebuah majlis perancangan yang telah ditugaskan untuk mengembangkan rangka kerja kebangsaan yang akan merangkumi aspek teknikal dan kewangan secara strategik, untuk wawasan masa depan negara. Dinamakan Majlis Perancangan Pembangunan Jangka Panjang, laporan pertama majlis tersebut pada tahun 2007 mengandungi beberapa cadangan yang telah membuka jalan kepada penubuhan Majlis Tertinggi Wawasan Brunei 2035 untuk merealisasikan potensi besar Negara Brunei Darussalam.

Wawasan Brunei 2035 merupakan aspirasi KDYMM untuk menempatkan Negara Brunei Darussalam pada landasan yang terbaik untuk masa depannya. Walaupun Negara Brunei Darussalam telah mencapai kemajuan yang pesat sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1984, Baginda berhasrat untuk mengemudi negara dari ketergantungan terhadap minyak dan gas serta melengkapkan rakyat agar lebih bersedia untuk menghadapi ketidakpastian dan cabaran yang berterusan dalam ekonomi global, turun naik harga minyak dan susulan kemelesetan ekonomi Eropah.

Wawasan Brunei 2035 mengandungi beberapa komponen utama yang akan melihat Negara Brunei Darussalam diiktiraf secara meluas untuk pencapaian rakyat yang berpendidikan serta berkemahiran tinggi seperti yang diukur oleh piawaian antarabangsa yang tertinggi, kualiti hidup yang akan meletakkan Negara Brunei Darussalam pada tempat 10 dan ke atas di dunia, serta ekonomi yang dinamik dan berdaya tahan dengan pendapatan per kapita di kedudukan 10 teratas di dunia. Untuk mencapai matlamat tersebut, Baginda telah menetapkan tiga belas (13) strategi seperti yang berikut:

strategi pendidikan untuk mempersiapkan rakyat kita bagi pekerjaan dan pencapaian dalam dunia yang semakin kompetitif dan berteraskan ilmu pengetahuan,
strategi ekonomi untuk mewujudkan pekerjaan baru bagi rakyat dan memperluaskan peluang perusahaan dan perniagaan di Negara Brunei Darussalam melalui galakan pelaburan, asing dan domestik, dalam industri hiliran dan economic clusters di luar industri minyak dan gas,
strategi keselamatan untuk memelihara kestabilan politik dan mempertahankan kedaulatan negara serta menghubungkan keupayaan pertahanan dengan keupayaan diplomatik dan juga persediaan negara dalam menangani ancaman penyakit dan bencana alam,
strategi pembangunan institusi untuk meningkatkan kualiti pentadbiran dan kepimpinan di sektor awam dan swasta, perkhidmatan awam yang berkualiti tinggi, rangka perundangan dan peraturan yang moden dan pragmatik, dan prosedur kerajaan yang efisien dengan birokrasi yang minima,
strategi pembangunan perniagaan tempatan untuk mempertingkatkan peluang bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan serta juga memudahkan rakyat Melayu Brunei untuk menjadi pemimpin dalam perniagaan dan industri menerusi kekuatan daya saing,
strategi pembangunan infrastruktur untuk memastikan pelaburan berterusan oleh kerajaan dan menerusi perkongsian sektor awam-swasta (Public-Private Partnership), dalam pembangunan infrastruktur bertaraf dunia dengan memberikan keutamaan kepada bidang pendidikan, kesihatan dan industri,
strategi jaminan sosial untuk memastikan negara terus makmur, dan setiap warganegara akan sentiasa mendapat perhatian sewajarnya,
strategi alam sekitar untuk memastikan pemuliharaan alam semulajadi dan suasana budaya kita yang sempurna. Ini akan mengekalkan taraf kesihatan dan keselamatan selaras dengan amalan antarabangsa yang terbaik,
strategi kesihatan untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan rakyat dan penduduk Brunei Darussalam melalui sistem penjagaan kesihatan berkualiti tinggi dan komprehensif, efektif, efisien, responsif, mampu dibiayai, saksama dan mudah diperolehi oleh semua di negara ini,
strategi keagamaan untuk memastikan pemeliharaan identiti negara berpandukan konsep Melayu Islam Beraja, mengawalkan nilai-nilai murni Islam berdasarkan iman dan taqwa ke arah pembangunan yang seimbang di negara ini,
strategi penggunaan tanah untuk memastikan penggunaan tanah yang optima serta selaras dengan aspirasi bagi pengurusan aset dan sumber tanah yang berdayamaju dan menyumbang secara mapan kepada pertumbuhan ekonomi negara,
strategi infrastruktur komunikasi dan ICT untuk memastikan perhubungan yang memudahkan pergerakan orang ramai, barangan dan perkhidmatan untuk memacu pertumbuhan ekonomi dengan mewujudkan ruang ekonomi, meningkatkan daya tahan ekonomi dan menggalakkan daya saing ekonomi,
strategi perancangan tenaga manusia untuk menyediakan bekalan tenaga kerja yang dilengkapi dengan kemahiran yang bersesuaian selari dengan permintaan yang diperlukan untuk pembangunan ekonomi.

Wawasan ini telah diulaskan pada malam Hari Kebangsaan ke-33 Negara Brunei Darussalam, di mana Baginda bertitah bahawa peneraju yang bertanggungjawab kepada setiap strategi telah dilantik untuk menyelia tiga sasaran utama Wawasan Brunei 2035. Baginda juga telah berkenan untuk pembentukan rangka kerja yang, di antara lain, menggariskan lingkungan utama yang perlu diberikan perhatian wajar untuk mencapai matlamat wawasan.

Lebih lanjut Baginda mengingatkan rakyat supaya melaksanakan strategi ini dengan penuh komitmen dan keazaman. Dalam menggalakkan rakyat supaya bersatu untuk mencapai matlamat Wawasan 2035, Baginda melanjutkan: “Kita harus memastikan bahawa kesemua usaha adalah berdasarkan konsensus, relevan dan memenuhi keperluan semasa. Ini merupakan kunci kepada kejayaan Wawasan 2035. Ia merangkumi kesemua lapisan masyarakat, sama ada mereka berada di sektor kerajaan atau di sektor swasta, dan ia penting untuk memupuk semangat kerjasama dan pemahaman di kalangan mereka. Kita semua perlu bekerja sebagai sebuah pasukan tanpa terlibat dalam perkara yang bertentangan dengan undang-undang.

Baginda juga menambah bahawa: “Walaupun kita mempunyai infrastruktur, teknologi, peralatan, mekanisme dan sistem yang baik, jika niat kita tidak baik, hasilnya juga tidak akan menjadi baik. Misalnya, jika terdapat kegiatan rasuah dalam kerajaan, ia akan menyeret negara turun ke arah keadaan buruk, walaupun tenaga kerja berkemahiran tinggi atau terdiri daripada para cendekiawan. Kita harus mengawal perkara ini untuk mengelakkan negara daripada mengalami perkembangan yang tidak diingini.

Sebagaimana yang ditegaskan oleh Baginda, Wawasan Brunei 2035 memerlukan kerjasama erat antara kerajaan, sektor swasta dan rakyat. Untuk mengulangi titah KDYMM yang menanda Tahun Baru 2018: “Kerana hanya dengan kerjasama ini, boleh kita menghasilkan iklim perniagaan dan komersil yang lebih kukuh dan, pada masa yang sama, menjadikan Negara Brunei Darussalam lebih menarik di mata pelabur asing. Sekiranya suasana ini dapat dikekalkan, maka ia merupakan kelebihan untuk Negara Brunei Darussalam, tidak dikira jika ia diperlukan untuk Negara Brunei Darussalam.

No Comments

There are currently no comments on PEMIMPIN BERWAWASAN. Perhaps you would like to add one of your own?

Leave a Comment