PENGALAMAN MELALUI SANTAPAN

Written by root. Posted in BEST OF BRUNEI

Tagged:

Published on March 06, 2019 with No Comments

Teks ANIS RAMLI

01

01
Picture 1 of 4

Credit(s): Jose Barrios/Eco Ponies Garden

 

Makanan merupakan sebahagian pengalaman pelancongan yang penting. Samada menjamu selera di restoran bertaraf antarabangsa atau merasa makanan jalanan yang popular, makanan menceritakan suatu kefahaman budaya tempatannya. Memperkenalkan makanan sesuatu negara juga mewujudkan rasa bangga terhadap produk tempatan sambil memperbaharui penghargaan ke atas budaya makanan yang tersedia ada.

Ini benar bagi Negara Brunei Darussalam yang mempunyai kepelbagaian makanan yang menarik yang selama ini adalah suatu rahsia negara. Dengan kepelbagaian produk segar berkualiti yang sedia ianya telah membolehkan Brunei menarik minat pelancong kulinari. Melalui pengaruh dari bangsa Melayu Brunei termasuk kaum Dusun, Belait, Kedayan, Murut dan Bisaya serta masyarakat India dan Cina tempatan, Brunei telah memperoleh citarasa dan budaya makanan yang tersendiri

Kebanyakan sajian tradisi Brunei mengamalkan penggunaaan herba ruji seperti halia dan serai. Bagi mereka yang berminat untuk menerokai rasa warisan dan masakan kampong, berkunjunglah ke Eco Ponies Garden, sebuah “farm stay” di Tutong lebih kurang 40 minit dari Bandar Seri Begawan. Kelas belajar memasak yang dikendalikan di sini memberi peluang bagi pengunjung menerokai sajian tradisi warisan Brunei. Di antara hidangan yang dipelajari adalah seperti sambal umbut rotan yang disediakan dengan menggunakan tunas rotan muda yang sering dijumpai di dalam hutan, ayam serai jintan manis babu dan pakis masak tumis yang menggunakan pakis liar yang kerap tumbuh berdekatan dengan sungai.

Untuk mereka yang ingin menerokai sajian tempatan dengan lebih mendalam, Tamu Kianggeh di ibukota Brunei menawarkan para pengunjung pelbagai pilihan citarasa. Kebanyakan makanan yang terdapat di pasar tamu ini merupakan makanan harian yang digemari penduduk tempatan. Di sini pengunjung boleh menikmati makanan laut segar yang dipanggang; nasi berbungkus daun pisang dengan pelbagai jenis bumbu seperti nasi lemak dan nasi katok; cucur pisang, keladi, jagung dan banyak lagi; dan semestinya pencuci mulut seperti kueh Malaya yang diisi dengan kacang tumbuk, susu pekat dan gula. Para pengunjung juga dapat meneroka pelbagai hasil tani tempatan segar seperti sayur-sayuran, rempah dan herba di pasar tamu ini. Ia juga suatu pengalaman yang unik bagi pengunjung untuk bertemu dan berinteraksi dengan penduduk tempatan sambil menikmati budaya makanan di negara ini.

Sementara itu, chef yang inovatif dengan memperolehi hasil segar yang berkualiti juga menawarkan juadah tersendiri kepada masakan tempatan. Menu khas di Riwaz, sebuah restoran India mewah baru di Radisson Hotel Brunei Darussalam, memberi tumpuan kepada teknik masakan membakar dengan api yang lazim, khususnya dengan cara à la broch, iaitu suatu kaedah memanggang, atau dengan ketuhar tandoor. Hidangan tradisional seperti Murgh Makhani (ayam tikka dalam sos tomato) dan Hyderabadi Murgh Dum Biryani (ayam muda yang diperap semalaman dan dimasak bersama beras basmati dalam periuk tertutup) enak dinikmati bersama roti nan dan pratha. Terdapat juga sajian Pattha ka Gosht (kambing eskalop yang diperap selama 48 jam dan dimasak di atas batu panas) yang menggunakan cili hijau dan kacang gajus tempatan.

Makanan akan kekal sebagai suatu pengantara yang menghubungkan pengembara dan destinasi. Lantas kepelbagaian makanan di Brunei, makanan-makanan di Brunei pasti lebih enak dan menyeronokkan.

No Comments

There are currently no comments on PENGALAMAN MELALUI SANTAPAN. Perhaps you would like to add one of your own?

Leave a Comment