PERTAMA DALAM KELAS

Written by root. Posted in BEST OF BRUNEI

Tagged:

Published on March 10, 2017 with No Comments

Selain dari mengejar kelulusan ujian, International School Brunei telah membuktikan bahawa kualiti selain daripada kecemerlangan akademik juga penting.

01

01
Picture 1 of 3

KDYMM berkenan menerima pesambah dari Dr Geraghty sempena lawatan rasmi ke ISB.

 

Globalisasi ekonomi dan kebangkitan Asia telah membentuk pendidikan abad ke-21 dengan lantas. Di Negara Brunei Darussalam, di mana pendidikan pada umumnya adalah percuma, sebuah sekolah telah meramal keperluaan masa depan dan sedang mempersiapkan pelajar untuk perubahan dengan memberikan persediaan jauh melebihi ujian dan pelajaran untuk masa hadapan.

International School Brunei (ISB) memahami bahawa landskap pendidikan sentiasa berubah. Globalisasi bermakna bahawa pendidikan adalah berbilang kaum, berbilang budaya dan berbilang bahasa. Kepelbagaian di dunia ini dicerminkan dengan sempurna dalam kepelbagaian pelajar di ISB. Kedinamikan dan tenaga yang terdiri daripada 46 warga negara yang berbeza yang sedang bekerja dan merekacipta bersama adalah resipi bukan sahaja untuk pertumbuhan seseorang individu, tetapi juga memberikan latihan kemahiran kepimpinan yang berkesan dan tempatnya dalam ekonomi dunia. “ISB telah menyediakan pendidikan bertarafkan dunia di Brunei selama 53 tahun, dengan melengkapkan pelajar Brunei serta ekspatriat dengan kemahiran yang diperlukan untuk menanggani cabaran yang akan dihadapi mereka,” kata Dr Steven Geraghty, gurubesar ISB. Jabatan Buruh US, beliau berkata, telah meramalkan dua tahun lalu bahawa 65 peratus daripada pelajar hari ini akan bekerja, pada suatu masa di hayat mereka, dalam pekerjaan yang belum lagi wujud. “Tiada sekolah atau sistem peperiksaan yang boleh menyediakan pelajar sepenuhnya. Apa yang boleh dilakukan oleh ISB ialah untuk memastikan pelajar kami terbuka minda kepada idea baru, mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik dan bersedia untuk mengambil risiko dan tidak gentar menangani cabaran.”

Sekolah ini terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan akademik dan pencapaian yang tinggi dan sememangnya, keputusan peperiksaan membantu untuk menolong pelajar memasuki universiti terbaik di seluruh dunia. Tetapi pelajar ISB lebih daripada kecemerlangan peperiksaan. Pelajar kini akan memperolehi ijazah dan melangkah ke dunia yang jauh lebih berbeza daripada generasi sebelumnya. Mereka akan menghadapi cabaran baru yang perlu diatasi dengan bijak.

Menangani ekonomi digital merupakan satu daripada cabaran tersebut.

Kata Dr Geraghty, “Ekonomi digital adalah mengenai keyakinan dengan teknologi baru.” Di ISB, beliau percaya bahawa ia adalah perkembangan kemahiran diri yang tidak kelihatan, pemikiran terbuka, keupayaan menyesuaikan diri, kerjasama dan keyakinan diri, dan juga boleh menyahut cabaran yang dibawa oleh perubahan dengan cepat. “ISB mempunyai asas falsafah untuk mengekalkan USP,” beliau menyambung. “Penyataan visi ISB senang, ‘Semua Cemerlang’. Ini bukan suatu visi kecemerlangan kolektif – walaupun ia boleh digunakan jika kami menggunakan markah peperiksaan, tetapi sebaliknya, ia berkaitan dengan aspirasi titik permulaan setiap individu. Kami mempunyai pelajar dengan gred ‘A’ pada keseluruhannya, yang menetapkan sasaran kecemerlangan mereka sebagai ‘A’ dalam setiap mata pelajaran. Sebaliknya, kami juga mempunyai pelajar yang mempunyai kesukaran keperluan sosial yang ekstrem dan kecemerlangan individu mereka mungkin bergantung kepada pergaulan dalam kumpulan.”

Untuk memberikan gambaran yang teliti terhadap kepelbagaian dalam pendekatan pendidikan mereka, ISB misalnya, menggalakkan pelajar untuk menyumbangkan masa dan tenaga mereka kepada CSR dan tanggungjawab sosial. Sebahagian syarat yang ditetapkan di ISB adalah pelajar tua perlu melaksanakan khidmat masyarakat. Pelajar Diploma Baccalaureate Antarabangsa tidak boleh lulus tanpa melaksanakan aspek perkhidmatan sosial, tidak mengira keputusan mata pelajaran mereka. Pada masa kini, ramai daripada pelajar ISB menjadi mentor dan membimbing pelajar PSR Tahun 6 dari sekolah kebangsaan yang terpilih. Mereka juga terlibat dalam skim pemulihan pembacaan di sekolah terpilih yang berlainan.

ISB just merupakan sekolah pertama di Brunei memulakan program kitar semula sesama penduduk. ‘Million Trees Project’ yang telah menerima banyak publisiti dipuji oleh HRH Putera Charles sebagai contoh untuk meningkatkan kesedaran akan penebangan hutan di Sabah. Sekolah ini masih mengenakan levi bayaran karbon ke atas perjalanan dan acara mereka. Baru-baru ini, pelajar telah membantu untuk membentuk suatu aspek ECO untuk laman web sekolah yang baru. Atas usaha mereka, mereka telah dianugerahkan ‘Greenmark Award’ BCA yang berprestij, satu-satunya sekolah di Borneo yang diberikan pengiktirafan ini. “Kami berharap bahawa initiatif ini akan memberi pelajar kami suatu perasaan tanggungjawab bersama dalam cara mereka menempuhi kehidupan selepas meninggalkan sekolah ini,” kata Dr Geraghty dengan perasaan bangga.

ISB kini menghampiri 1,500 orang pelajar, dengan tapak di Bandar Seri Begawan dan Kuala Belait. Pertumbuhan bilangan pelajar dalam tempoh lima tahun yang lalu telah menghampiri 50 peratus, didorong oleh pelaburan dalam sebuah laman web baru dan juga peningkatan dalam keputusan peperiksaan yang boleh dibanding dengan sekolah yang terbaik di rantau ini. Keputusan peperiksaan di kedua-dua iGCSE/O Level dan IB Diploma secara konsisten melebihi purata dunia: sehingga 90% kadar kelulusan A-C di iGCSE/O Level dan pada umur 18 tahun, 95 peratus daripada graduan graduan ini telah meninggalkan IB untuk menyambung pelajaran mereka di pengajian tinggi di seluruh dunia. ISB meneruskan usaha mereka untuk mempelbagaikan laluan kelayakan dan memberi peluang untuk pelajar mereka memasuki skop kajian yang mereka tidak pernah mempunyai peluang untuk mengambil pada tahun sebelumnya. Selain bidang seperti sains sukan, psikologi dan penjagaan anak Usia Muda, ISB kini juga menawarkan laluan khusus ke dalam bidang seperti kejuruteraan, seni bina dan perundangan.

Sebagai sekolah bukan-untuk-keuntungan, ISB telah menghadkan pembayaran yuran sekolah serendah yang mungkin dan mengakui bahawa untuk menarik minat pengajar yang berbakat bukannya satu tugas yang mudah. Walaubagaimanapun, rekod peperiksaan yang baru, permindahan sekolah ke tapak baru yang futuristik di abad ke 21 di Sungai Hanching dan peningkatan bilangan pelajar memberikan petanda yang baik untuk masa depan ISB. Dr Geraghty mengakui bahawa cabaran jangka panjang untuk sekolah ini adalah dalam menjangka arah aliran ekonomi dunia, ramalan mengenai permintaan terhadap pendidikan antarabangsa di rantau ini akan berkembang dan meneruskan usaha mereka untuk menawarkan pendidikan bertaraf dunia yang lebih meluas dalam bidang pelajaran yang lebih berkaitan. Dengan syarat ISB terus berpegang kukuh pada apa yang penting ke semua pelajar mengiktiraf dan memperuntuk sumbangan berharga ke semua pelajar, apa jua cabaran mereka, maka masa hadapan kami pasti cerah.”

No Comments

There are currently no comments on PERTAMA DALAM KELAS. Perhaps you would like to add one of your own?

Leave a Comment