PESTA BRUNEI 2017

Written by root. Posted in BEST OF BRUNEI

Tagged:

Published on November 13, 2017 with No Comments

Pesta kesenian, kebudayaan, warisan dan pelbagai disediakan sepanjang bulan Disember di Negara Brunei Darussalam.

01

01
Picture 1 of 6

 

Bulan Disember ini merupakan bulan yang menyeronokkan untuk Negara Brunei Darussalam. Buat kali pertama, Brunei Tourism, bersama dengan rakan program dan pemegang saham, akan memperlawakan suatu perayaan unik ke Brunei dan ia merupakan peluang untuk rakyat tempatan serta pelawat untuk menerokai pelbagai tarikan dan kekayaan Kesultanan Negara Brunei Darussalam. Program Pesta Brunei 2017 yang pertama ini dipenuhi dengan acara serta aktiviti dari 1 hingga 31 Disember yang menampilkan gabungan acara sukan, filem, seni, makanan rantau yang terbaik, suatu pasar budaya dengan barangan buatan tangan serta hasil serantau, acara seni mempertahankan diri, karnival pantai serta kem belia.

Kebanyakan program pesta akan bertumpu di Bandar Seri Begawan namun terdapat juga acara lain yang akan berlangsung di keempat-empat daerah Brunei. Para hadirin pesta boleh meneliti tarikh acara di www.bruneitourism.travel. Kebanyakan program berfokus untuk meningkatkan penglibatan dari orang awam serta pelawat. Dalam Pesta Seni Bela Diri (29-31 Disember), para pelawat akan menyaksikan demonstrasi seni mempertahankan diri yang terbaik di rantau ini, seperti muay thai, wushu dan silat. Dalam Pesta Seni Kreatif (1-31 Disember) pula, sektor korporat dan masyarakat awam dijemput mengambil bahagian mempamerkan karya seni mereka supaya orang ramai dapat menghayati karya seni tempatan. Antara tempat yang dipilih termasuklah Dermaga Diraja dan Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.

Bagi peminat sukan, Cabaran Off-Road Brunei (21-24 Disember), Larian Alpha (29-31 Disember) dan Jambori 4WD (29-31 Disember) memberi masyarakat peluang untuk mengalami sukan luaran Brunei yang inovatif, serta merangkul kesihatan fizikal bersama keluarga. Larian Malam Green Jewel (16-17 Disember) juga disasarkan sebagai aktiviti keluarga dengan kategori larian Fun Run yang mendampingi kategori larian 23- dan 10-km.

Lain-lain aktiviti yang menarik termasuk Lawatan Islam (1-31 Disember), Kem Belia Islam (8-31 Disember) dan Pameran Kraftangan Tempatan yang direka untuk menyumbang kepada ekonomi tempatan.

Pesta Brunei 2017 diperkenalkan pada masa yang baik. Kebanyakan program yang disenaraikan adalah percuma dan merupakan suatu peluang terbaik untuk rakyat serta pelawat mengalami Brunei dengan sepenuhnya. Suasana pesta ini merupakan suatu alasan yang terbaik untuk beristirehat sambil mengambil kesempatan untuk menikmati musim yang penuh dengan keseronokkan. Semestinya bulan Disember di Brunei teruja!

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.bruneitourism.travel

No Comments

There are currently no comments on PESTA BRUNEI 2017. Perhaps you would like to add one of your own?

Leave a Comment