SELAMATKAN PENYU BRUNEI

Written by root. Posted in BEST OF BRUNEI

Tagged:

Published on May 02, 2017 with No Comments

Menetaskan program untuk menjamin masa depan reptilia marin Brunei.

Teks LIN JI LIAW
Imej BRUWILD

01

01
Picture 1 of 5

 

 

Menyelami keanggunan perairan Negara Brunei Darussalam, seseorang akan menemui tiga spesies penyu laut. Kesemua spesies hampir kelihatan sama, kecuali apabila awda yang berminat akan mengetahui mereka adalah spesies yang berbeza. Penyu Hawksbill dengan paruh yang merupai burung sering dijumpai meragut batu karang dan ia membantu dalam mengekalkan pertumbuhan subur terumbu karang Brunei. Penyu Olive Ridley dengan warnanya yang berubah dari kelabu ke hijau zaitun apabila ia matang boleh didapati lebih dekat di persisiran pantai kerana ia memakan krustasia dan moluska. Yang mungkin lebih mudah untuk dijumpai ialah Penyu Green atau ‘Hijau’ yang berenang di Teluk Brunei, yang memakan rumput-rumpai laut untuk dietnya secara eksklusif. Dari pantai ke perairan yang lebih dalam, makhluk yang lembut ini memainkan peranan penting dalam keseimbangan dinamik ekosistem marin Brunei.

Selagi perkembangan pembangunan manusia bertambah pesat, penyu laut ini menghadapi ancaman kehilangan habitat yang semakin meningkat. Ia juga merisaukan kerana spesies penyu ini juga menhadapi ancaman daripada manusia yang mengambil telurnya dengan kerap dan kematian akibat terperangkap dalam pukat. Tindakan segera harus diambil untuk memulihara spesies penyu ini kerana bilangan mereka semakin cepat berkurangan. Penyu Hawksbill telah disenaraikan sebagai ‘Sangat Terancam’ (Critically Endangered) oleh International Union for Conservation of Nature (IUCN) yang memberikan spesies ini kedudukan hampir berkepupusan dalam carta pemuliharaan. Kedudukan Penyu Hijau sedang menuju ke nasib yang sama kerana spesies ini kini di senaraikan sebagai ‘Terancam’ (Endangered) manakala penyu Olive Ridley kini dalam kedudukan ‘Rentan’ (Vulnerable).

Bekerjasama dengan usaha global untuk melindungi spesies ini, kumpulan pemuliharaan tempatan BruWILD (Persatuan Biodiversiti dan Sejarah Semula Jadi) telah melancarkan inisiatif ‘Selamatkan Penyu Kami’ (Saving Our Turtles) pada 2014. Inisiatif ini dibina atas program empat fasa yang memastikan bahawa ahlinya dilengkapi dengan pengetahuan melalui latihan teori dan praktikal dalam biologi penyu laut dan teknik pemuliharaan. Pengetahuan asas ini kemudian berfungsi untuk membina inisiatif yang seterusnya dalam fasa ketiga program di mana murid- murid sekolah, penuntut-penuntut dan orang ramai terlibat secara aktif untuk mengambil bahagian dalam menyelamatkan penyu laut Brunei. Program yang paling popular melibatkan pembelajaran mengenai penyu laut melalui kuiz yang menyeronokkan dan peluang mendekati penyu di Pusat Biodiversiti Meragang, di mana penyu cedera yang telah diselamatkan sedang dipulihkan. Orang ramai juga boleh menjadi sukarelawan dengan pasukan BruWILD dengan kerja aktiviti memberi makanan serta membersihkan kolam penyu. Kadangkala, jika masa bersesuaian, para sukarelawan juga berpeluang untuk melihat anak penyu yang berada di bawah jagaan Bahagian Hidupan Liar, Kementerian Sumber Utama dan Pelancongan Brunei, sebelum ianya dibebaskan kembali ke laut.

Bersama dengan Bahagian Hidupan Liar Brunei, BruWILD juga menganjurkan jerayawara pameran hidupan liar di sekolah tempatan. Pasukan BruWILD juga memberi ceramah, presentasi dan melangsungkan permainan interaktif yang direka khusus untuk mendidik murid sekolah dalam biologi penyu laut dan kepentingan pemuliharaan.

BruWILD kini bertujuan untuk melaksanakan fasa keempat inisiatif ‘Selamatkan Penyu Kami’. Mereka berharap untuk mengalak orang ramai mengambil bahagian dalam ‘mengambil angkat’ secara simbolik seekor penyu laut di mana dana yang dikumpul akan digunakan untuk menjaga, dan pada akhirnya, melepaskan penyu laut di dalam jagaan Pusat Biodiversiti Meragang kembali ke laut. Pada masa yang sama, BruWILD juga ingin memulakan projek pembiakkan rumput-rumpai laut sebagai satu cara untuk stok makanan serta pemulihan habitat rumput-rumpai laut.

Sebagai misi untuk merapatkan jurang antara pemuliharaan penyu laut dan pembangunan persisiran pantai, BruWILD berdedikasi untuk terus memberikan pendidikan program penyu laut interaktif yang menarik untuk meningkatkan kefahaman dan penyertaan masyarakat dalam membina masa depan di mana manusia dan alam semula jadi serta pembangunan mampan dan warisan semula jadi boleh wujud bersama dan saling berkembang. Untuk maklumat lanjut mengenai cara untuk menyokong BruWILD, sila lawati www.bruwild.org

No Comments

There are currently no comments on SELAMATKAN PENYU BRUNEI. Perhaps you would like to add one of your own?

Leave a Comment