TAMATNYA SUATU ERA

Written by root. Posted in BEST OF BRUNEI

Tagged:

Published on November 02, 2018 with No Comments

Selamat tinggal kepada Kapal Kelas-B.

01

01
Picture 1 of 7

 

Tahun 2018 merupakan suatu tahun yang bersejarah bagi Brunei Gas Carriers Sendirian Berhad (BGC)di mana dua buah kapal Kelas-B yang terakhir telah menamatkan perkhidmatan. Ia juga menandakan pengakhiran peruntukan perkhidmatan pengurusan dengan Brunei Shell Tankers Sendirian Berhad (BST).

BGC ditubuhkan pada tahun 1998 dan merupakan syarikat usahasama yang diperbadankan di Negara Brunei Darussalam oleh Kerajaan Brunei, Shell Gas B.V dan Diamond Gas Carriers B.V. Sejak penubuhan BGC, syarikat ini telah merupakan daya kuasa penting dalam komitmen menghasilkan kargo gas asli cecair (LNG) untuk pelanggan antarabangsa Negara Brunei Darussalam dengan selamat dan boleh dipercayai. Kapal BGC telah membuat penghantaran ke Jepun pada tahun 2002 dan Korea pada tahun 2011, dan juga menerima pelabuhan panggilan lain di rantau Asia Pasifik, iaitu Australia, China, Malaysia, Thailand dan Taiwan.

Kapal Kelas-B yang terdiri daripada tujuh kapal telah mula beroperasi di Negara Brunei Darussalam sejak tahun 1986. Pada mulanya, kapal-kapal ini dirujuk sebagai Kelas-G untuk menggambarkan nama kerang iaitu Gadinia, Gadila, Gari, Gastrana, Gouldia, Geomitra dan Genota. Kapal-kapal ini telah dinamakan semula oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam selepas pemilikan mereka telah dipindahkan kepada BST pada tahun 1986. Selepas pendaftaran di bawah bendera Negara Brunei Darussalam diluluskan, kesemua kapal-kapal ini telah dinamakan sempena ikan dan krustasia untuk mengekalkan nama perhubungan marin dan kemudiannya dikenali sebagai Bebatik, Bekalang, Bekulan, Belais, Belanak, Bilis dan Bubuk.

Kapal-kapal yang dibina khas dan berteknikal kompleks ini boleh mengangkut kira-kira 75,000 m3 padu LNG dan melayari laluan lautan di antara Negara Brunei Darussalam dan Jepun dalam perjalanan ulang-alik tanpa berhenti. Sepanjang tempoh hampir 50 tahun, kapal Kelas-B ini telah membekalkan perkhidmatan perkapalan LNG dengan selamat dan boleh dipercayai kepada Projek LNG Brunei dan pelanggan mereka, dan kini mereka telah berjaya menyempurnakan lebih daripada 6,300 penghantaran kargo tanpa menjejaskan satu sambil mengemudi laluan lautan sejauh kira-kira 4,000 kilometer di antara Negara Brunei Darussalam dan Jepun. Ia merupakan jarak yang lebih dari 75 kali ke bulan dan pulang, atau 1,500 kali mengelilingi bumi!

Ia adalah rekod yang dicapai dengan senyap, dan dicapai dengan keselamatan dan kepastian yang boleh dipercayai. Oleh kerana pencapaian ini, BGC kini telah menjadi sebuah contoh yang diaspirasikan untuk semua projek bersepadu LNG yang lain. Kejayaan projek LNG Brunei dan peluang yang berkaitan telah memberikan pengalaman yang mendalam serta pertumbuhan peribadi kepada ramai pelaut Brunei – dari perspektif perkapalan LNG – sebahagian besarnya disokong oleh tujuh Kapal Tangki Brunei Shell Kelas-B yang telah membekalkan perkhidmatan yang cemerlang kepada projek ini.

Lebih 2,000 orang anggota anak-anak kapal telah mengendalikan kapal-kapal serta berkhidmat dengan BST dan Negara Brunei Darussalam tanpa henti selama beberapa dekad, mengorbankan masa serta keluarga mereka, meluangkan masa bermingguan serta berbulan di laut untuk memastikan setiap penghantaran kargo disempurnakan dengan selamat. Ada juga beberapa ketika di mana kapal ini juga memainkan peranan penting dalam operasi menyelamatkan kapal lain yang mengalami masalah, merawat anak-anak kapal yang cedera, memberi makanan kepada orang pelarian yang kelaparan dan membuat panggilan kecemasan kepada pihak berkuasa antarabangsa. Walaupun telah berkhidmat kian lama, kapal Kelas-B telah mengekalkan rekod keselamatan, perkhidmatan dan tindak balas yang cemerlang. Ia merupakan penghormatan kepada semua anggota yang melibatkan diri dalam reka bentuk, pembinaan serta operasi kapal-kapal ini – ia adalah suatu pencapaian yang mungkin tidak akan diulangi.

Melalui kapal Kelas-B, BGC menghasilkan Nakhoda Marin (Master Mariners) dan Ketua Jurutera yang berkualiti dan berpengalaman. Dengan penamatan perkhidmatan kapal Kelas-B, warisan BST akan diteruskan melalui kapal BGC Kelas-A dan pada masa yang sama akan terus membentuk dan menghasilkan pelaut Brunei untuk menyokong Wawasan 2035, bersesuaian dengan wawasan BGC untuk “Membangun sumber negara untuk pengangkutan maritim yang selamat, dipercayai dan lestari”.

Untuk menandakan penghujung era kapal Kelas-B, BGC telah memperingati peristiwa penting ini dengan satu majlis upacara selamat tinggal pada April 2018 untuk kali terakhir kepada Bebatik dan Belanak yang telah menamatkan perkhidmatan pada bulan Jun tahun ini. Upacara tersebut disempurnakan oleh tetamu kehormat, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd Yusof, Menteri Perhubungan yang juga telah merasmikan majlis pelancaran sebuah buku bagi memperingati kapal Kelas-B yang bertajuk, “Finished with Engines”. Buku ini dihasilkan untuk memperingati pencapaian anak-anak kapal, serta perubahan berdekad yang telah disaksikan oleh BGC dan BST termasuk armada kapal-kapal Kelas-B.

Kini, BGC memiliki lima kapal Kelas-A yang digelar: Abadi, Arkat, Amali, Amani dan Amadi yang berukuran 137,000 m3 hingga 154,800 m3. Untuk kemajuan masa hadapan, BGC akan mengekalkan komitmen kepada Negara serta masyarakat dan berharap dapat mempelbagaikan perniagaan mereka dalam menyokong Wawasan Brunei 2035. BGC bermatlamat untuk melaksanakannya dengan menyokong perkembangan yang berterusan serta menyediakan kepakaran maritim dan menjadi pemaju utama dalam perkapalan tempatan dan kemahiran maritim menjelang tahun 2020.

No Comments

There are currently no comments on TAMATNYA SUATU ERA. Perhaps you would like to add one of your own?

Leave a Comment